Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jangan pakai jubah, dress ke pejabat jika berlaku kemalangan pihak SOCSO atau insurans tidak akan membayar pampasan








Jangan pakai jubah, dress, maxi dan sekeluarga dengannya di pejabat


Perunding Imej, Rudy Ludinata

Malam tadi saya ada bertanya kepada Cik Puan di Facebook mengenai pemakaian jubah, “dress”, “maxi” atau yang seumpamanya ke pejabat untuk penjawat awam wanita. (Err… janganlah staf lelaki minta kebenaran pakai jubah ke pejabat pula ya. Tak sesuai dan tak pernah dibuat orang, ok… haha!)

Kalau kita baca Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 1985, memang tidak ada dinyatakan jubah atau seumpamanya boleh dipakai ke pejabat. Tetapi, kita sering lihat ramai staf wanita 'berani' memakai jubah ke pejabat terutamanya pada hari Jumaat. Warna dipilih pula hitam. Ada juga yang pilih warna 'Colour Block'. Bling-bling dengan labuci penuh di dada dan lengan jubah lagi. Meriah betul saya lihat. Malah ada yang memilih jubah dengan kain 'lycra' (strechable) yang semua orang tahu ianya pasti tidak Patuh Syariah.

Jawapannya ialah tolong elakkan atau jangan pakai jubah, dress, maxi dan sekeluarga dengannya di pejabat. Tetapi mengapa ya? Jawapan paling "simple" ialah jubah bukan pakaian formal. Ia pakaian kasual dan santai. Tetapi yang paling utama ialah kerana:

1. FAKTOR KESELAMATAN

Saya bimbang sebenarnya, jika berlaku kemalangan atau kecelakaan ketika bekerja dengan pakaian tersebut, pihak SOCSO atau insurans mungkin tidak akan membayar pampasan kepada pekerja tersebut kerana kecuaian tersebut berpunca daripada pekerja.
Bayangkan seorang Pembantu Makmal yang memakai jubah, disambar api penunu bunsen ketika sedang bertugas di makmal. Pasti api itu marak dengan rakus membakar jubah tersebut dengan cepat!

2. FAKTOR GANGGUAN KEPADA TUGAS

Saya juga khuatir ia akan mengganggu tugas dan pergerakan pekerja. Sebagai contoh, Pekerja Awam yang perlu mengemas, menyapu dan mencuci pejabat dan tandas misalnya akan mengalami kepayahan untuk melaksanakan tugas-tugasnya.

3. FAKTOR IMEJ KORPORAT

Bagi kumpulan pegawai pula, ia tidak selari dan tidak mencerminkan imej korporat organisasi. Jubah adalah dalam kategori pakaian kasual dan bukan formal.

Ada pengecualian? Ada. Kita beri pengecualian kepada ibu hamil. Itupun saya suka menggalakkan ibu hamil memakai baju kurung Pahang polos atau corak diagonal/garisan yang jauh lebih sesuai dan tampak elegan.

Cik Puan yang saya hormati, saya yakin, cik puan ialah seorang pekerja yang cemerlang mengikut peraturan bekerja. Marilah kita kembali semula dengan pakaian kerja yang sesuai di pejabat. Pakailah mengikut masa, tempat dan sebab kesesuaiannya iaitu bekerja.

Rujukan:

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985;
    Akta 605 (Tatatertib & Surcaj) (Badan Berkanun);
    Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan Pindaan 2002 (Persekutuan).
http://www.thereporter.my/2017/02/jangan-pakai-jubah-dress-maxi-dan.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Jangan pakai jubah, dress ke pejabat jika berlaku kemalangan pihak SOCSO atau insurans tidak akan membayar pampasan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top