Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Video Awek histeria dkt konsert #AF2016 Kecoh satu dewan ada org menjerit

BARU-BARU ini, viral di laman Twitter video mengenai seorang gadis tiba-tiba histeria ketika berlangsung konsert Akademi Fantasia (AF) 2016, pada Ahad lalu.

Video yang dimuat naik Ainaamahira itu sekali gus heboh diperkatakan netizen hingga di-retweets hampir 3,000 orang.

“Awek histeria dkt konsert #AF2016 Kecoh satu dewan ada org menjerit. Meremang satu badan seram @Astro_Gempak,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Zizan Razak dan Aliff Satar selaku pengacara juga dilihat tergamam dan berhenti bercakap apabila gadis itu tiba-tiba menjerit.

Manakala, penonton yang berada dalam dewan itu seakan-akan kaget dan membuatkan suasana menjadi kecoh seketika.

Dek kerana itu, ramai meluahkan rasa takut dan seram dengan insiden itu.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai menonton konsert itu secara langsung tampil menbongkarkan misteri gadis histeria itu.

Menurut @Akie_Stark, insiden histeria itu hanyalah gimik semata-mata yang dirancang untuk mempromosi sebuah filem seram.

“Itu hanya gimik untuk mempromosi filem Alif 7 Dimensi,” tulisnya di Twitter.

Lebih kelakar, gadis yang dikatakan mengalami histeria itu rupa-rupanya adalah penyanyi Kaka Azraff yang juga merupakan antara barisan pelakon yang membintangi filem itu.

Alahai, tak pasal-pasal buat orang cemas dik oi.

Pun begitu, AF sejak dahulu sememangnya terkenal dengan pelbagai kejutan dan gimik. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Video Awek histeria dkt konsert #AF2016 Kecoh satu dewan ada org menjerit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top