Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jangan Melakukan 2 Perkara ini, Jika Taknak Anak Diganggu Jin Ummu Sibyan

Jangan Lakukan 2 Hal Ini Jika Taknak Anak Diganggu Jin Ummu Sibyan | Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita mengandung, sebab itulah kanak kanak yang baru lahir perlu di azankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa kerja jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain tak bukan ialah mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.

Jin Ummu Sibyan mempunyai muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”, jin ini berkata ia boleh memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.

1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)

2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak

3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali .

4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan daripada gangguan di atas akan mengakibatkan.

1.Sawan Tangis

2.Autisme (Over Hiperaktif)

3.Nakal tahap Gaban

4.Terencat akal

5.Pelbagai kompilasi otak.

Tanda tanda wanita mengandung terdedah kepada gangguan jin Ummu Sibyan

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan.

1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib

2.jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

Kaedah rawatan pada bayi.
tiarapkan kanak-kanak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubun sampai berhenti menangis .. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh (Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku) InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Kaedah rawatan pada wanita mengandung ..
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat) pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bahagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Jangan Melakukan 2 Perkara ini, Jika Taknak Anak Diganggu Jin Ummu Sibyan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top