Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Cara Membuat Tuntutan Alaun Insurans Kemalangan Harian Serta Claim Repair Kereta Yang Tak Pernah Didedahkan Kepada Orang Ramai

TAHUKAH ANDA? Korang tau tak kalau korang eksiden, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Diorang bg pampasan RM30-50 sehari. Katalah kereta korang duk dlm bengkel 30 hari, so insuran akan bagi RM30 sehari. Jadi, korang akan dpt RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan loss of use..

Mungkin semua dah tau cara nak claim kad perubatan tapi bila berlaku kemalangan, tak tau nak buat apa supaya dapat buat claim daripada insuran kereta.

Di sini, saya ingin berkongsi cara-cara nak claim insuran kereta akibat daripada kemalangan sebab baru je buat claim untuk kereta wife yang accident minggu lepas.

Waktu Kemalangan Berlaku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizyt2THVTlg_xRQbTXtMLaX_c3JgC_-xlD9Eq60X8u0w7mOZkuXyOK3CiHugjyItC7Z20IduSqwGlwbYtvP5rZibK4KtI1TYqLjTOk0v4WvQJYXi2kD77Qi1v-Qei03R_pDEY4GRMCo2hz/s1600/IMG_4937.jpg

Jangan panik. Determine kesalahan siapa. Dalam kes wife, salah dia. Bahagian bumper depan belah kiri kemek sebab terlanggar teksi besi buruk non-roadworthy di depannya. Scrap car policy perlu ada kat Malaysia ni supaya kenderaan yang dah uzur tak wujud atas jalanraya ni. Membahayakan orang lain.

Teksi tu takde apa sangat, bagi RM30, terus diam apek tu. Kadang-kadang rasa macam apek tu sengaja nak buat orang terlanggar kereta buruk dia.

Disebabkan salah sendiri, jadi saya ceritakan berdasarkan macam mana nak claim untuk insuran sendiri.

Report Polis

Bila dah settle on-site, pergi buat report polis terus. Report ni kena buat kat balai polis trafik kawasan tu. So kena call dulu mana-mana balai polis untuk mengetahui mana balai polis trafik kawasan tempat kemalangan tersebut.

Report polis mestilah dilakukan dalam masa 24 jam semasa kemalangan berlaku. Lepas buat report polis, tunggu untuk polis trafik ambil gambar. Lepas ambil gambar, next day boleh pick up gambar daripada balai polis trafik tadi. Report polis yang original dan gambar perlu ada untuk urusan claim.

Claim

Dokumen yang diperlukan masa claim:

IC pemilik kereta
Geran kereta yang dikemaskini, maksudnya yang dah renew roadtax la. Kalau renew online, memang takde kemaskini. Tak boleh. Kena bawak pergi ke Pejabat Pos untuk kemaskini
Polisi insuran
IC pemandu yang kemalangan
Lesen pemandu yang kemalangan
Report berserta gambar yang original daripada polis

Kalau nama pemandu tiada dalam polisi insuran, kena bayar RM400 untuk buat claim. Mana-mana insuran pun sama. Jadi kalau suami beli kereta, letaklah nama isteri dalam polisi insuran.

Buatlah claim di authorized dealer kereta tersebut. Kalau nak claim, biar claim habis-habisan sebab lepas claim NCD dah habis. Next year renew insuran kena bayar full. Pastikan amaun repair yang nak dituntut tu melebihi NCD yang dapat dijimatkan. Contoh, kalau takde NCD kena bayar RM1,400 instead of RM700 untuk renew insuran, claim yang dibuat tu mestilah dalam RM2000 dan ke atas. Barulah berbaloi.

Repair


Tengok accident serius ke tak. Kalau setakat bumper rosak, sehari dua siap. Walaupun begitu, kena tunggu supaya adjuster daripada pihak insuran akan datang dan buat inspection. Lepas adjuster datang, kena tunggu approval daripada syarikat insuran untuk approve repair cost. Bila semua dah approve, baru kerja baikpulih boleh dilakukan.

Minimum seminggu jugaklah kena tinggalkan kereta kat bengkel.

***

Jadi itulah sedikit sebanyak cara nak buat claim daripada insuran kereta berdasarkan pengalaman saya. Siapa ada info lain boleh tambah kat ruangan komen.

Leceh jugak sebab melibatkan banyak pihak. Tapi sebab nak jimatkan duit punya pasal kan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Cara Membuat Tuntutan Alaun Insurans Kemalangan Harian Serta Claim Repair Kereta Yang Tak Pernah Didedahkan Kepada Orang Ramai. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top