Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ustaz Lemah Tak Mampu Puaskan Nafsu Buas Datin Akhirnya Ditinggalkan Sendirian Umpama Boneka

Satu hari Datin X dapat pesanan Whatsapp daripada seorang kawan yang sedang sibuk menguruskan kenduri kahwin anak sulungnya. “Dear, I’m sending out the wedding invitations soon. I nak jemput our Datin D… but should I write Datin Dhiya or just Dhiya on the card? Kalau I tak tulis title Datin tu, you rasa dia sentap tak?” Inilah dia dilema yang selalu dilalui bila orang bergelar sudah gugur gelarannya.

Sudah lima tahun Datin Dhiya single. Selama bersendirian sejak Datuk pasang isteri selebriti, masih ramai yang memanggilnya Datin sebab title yang dipegangnya sejak 15 tahun dulu sudah pun sebati.

Lama Dhiya menjauhkan diri dari keluarga dan teman-teman apabila khabar angin mengenai penceraiannya sudah tersebar. Dhiya tak menyangka sementelah 20 tahun hidup bersama dalam susah senang, ini pengakhirannya. Datuk Zamree sebenarnya sudah lama buat perangai. Datuk minta kahwin baru tapi tak pernah diendahkan. Dengar cerita Dhiya sampaikan jumpa bomoh sebab mahu kunci nafsu suaminya agar sayangkan dia seorang sahaja.

Tapi sekarang, dia redha dan sudah bersedia untuk move on. Dia sudah letih nak marah-marah, bersedih dan meratap. Lagi pun anak-anak pun dah besar dan elaun dari Datuk pun bertambah saban tahun. Nak komplen apa lagi? Dhiya kini fokus pada perniagaan kecantikannya yang dulunya suam-suam kuku tapi sekarang sudah maju.

Tidak hairanlah, Dhiya makin ligat membina empayarnya. Cawangan luar Lembah Klang juga bertambah menjadikan jenamanya makin popular dan banyak permintaan. Anak sulungnya belum berminat untuk ambil alih bisnesnya selepas pulang dari belajar di luar negara. Anak gadisnya pula masih di kolej tempatan dan asyik bercinta dengan cucu kerabat diraja. Tunggu masa nak kahwin sahaja.

Ke hulu hilir berjumpa pengedar, Dhiya bertemu dengan salah seorang pengedar barunya dari Pahang. Saiful berpewatakan serius dan warak orangnya. Orang yang mengenali kerap memanggilnya dengan jolokan ‘Ustaz’ disebabkan dia sering memberi nasihat keagamaan kepada rakan sekeliling. Selalu juga Saiful datang ke HQ untuk berurusan kerana ini kali pertama dia terjun dalam dunia bisnes, maka Dhiya banyak memberi tunjuk ajar kepadanya. Kekerapan ini membuatkan Dhiya lama kelamaan jatuh hati pada Saiful.

Asal ke Kuantan saja, Dhiya akan menelefon Saiful agar menjadi penemannya. Makan tengah hari lauk ikan patin, jemput pergi balik ke kilang pengeluar dan sanggup teman bawa melawat pengedar baru di merata ceruk Pahang. Dan untunglah Dhiya tidak bertepuk sebelah tangan. Biarpun Saiful lebih kurang 10 tahun lebih muda tetapi sayangnya sudah beristeri.

Dhiya sebagai businesswoman hebat, mestilah banyak kaki. Setelah dirisik-risik, isteri Saiful bertudung labuh dan suri rumah menjaga kelima-lima anak mereka yang usianya selang setahun. Paling bongsu baru sahaja meraikan harijadi yang pertama.

Oh, dilema mengasihi suami orang! Dhiya bagaikan gadis yang pertama kali jatuh cinta. Dhiya merasakan cintanya mengatasi rasa bersalah pada isteri dan lima anak kecil Saiful. Sejak Saiful muncul dalam hidupnya, Dhiya juga banyak berubah. Kerana Saiful, dia mulai berhijab. “Hei Datin, nak jadi bini Ustaz ke?” lebih kurang begitulah orang menyindir. Tapi bagi Datin X, hati Dhiya sudah tergerak untuk melakukan satu kebaikan pun sudah cukup baik. Tapi yang lagi hot mestilah cerita Dhiya si janda yang usia menghampiri separuh abad, tapi masih mampu tangkap pucuk muda!

Cerita kawan Datin X, kisah seterusnya lebih menggemparkan. “You jangan tak tahu… Datin D ajak Saiful kahwin, tapi Saiful berat hati. Iyalah, nak sara isteri dan anak-anaknya kemudian nak tanggung bini baru lagi. Saiful tu bukannya berduit!” Tapi Dhiya tu multi millionaire. Duit boleh ‘beli’ segala-galanya. Termasuklah cinta Saiful. “Datin D offer bini Saiful tu entah berapa ratus ribu dan sebagai ganti, lepaskan suaminya. Hah! Hebat tak kawan kita tu?!” Nak termuntah Datin X mendengarnya. Dalam ramai-ramai lelaki kat Malaysia ni, kau sanggup ‘bayar’ untuk memiliki hak orang? Duit tak ada, handsome pun tak adalah sangat. Oh, dunia!

Mula-mula, ramai kata isteri Saiful tidak akan menukar ganti suaminya dengan wang ringgit. Tapi semua sangkaan orang meleset. Saiful dilepaskan.Akhirnya Saiful melafazkan cerai pada isteri dan terus mengahwini Dhiya. Dhiya merasakan dirinya wanita paling bahagia ketika itu, sehinggalah tirai malam berlabuh…

Saiful khabarnya layu di ranjang. Banyak sudah malam berlalu dengan sia-sia. Walau ada juga mencuba tetapi Dhiya gagal mengecap kepuasan. Dhiya sering berdengus kerana kecewa dan marah apabila suami barunya gagal menjalankan tanggungjawab. Ini membuatkan ego lelaki Saiful tercalar. Lebih memeritkan, Saiful tidak hanya gagal di atas katil tetapi di dalam bisnes pun dia gagal juga. Mentang-mentang bisnes milik isteri, dia berkerja sambil lewa. 


Cawangan yang diusahakannya rugi dan terpaksa ditutup. Sekarang Saiful jadi house husband. Menghabiskan beras di rumah dan badan pun bertambah berisi dari hari ke hari. Ibarat melukut di tepi gantang, Dhiya akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan Saiful. Ya… semudah itu suami barunya dibuang. Easy come, easy go. Aduhai, nampaknya tak semua nikmat hidup boleh dibeli dengan wang ringgit.http://glam.my





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Ustaz Lemah Tak Mampu Puaskan Nafsu Buas Datin Akhirnya Ditinggalkan Sendirian Umpama Boneka. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top