Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam bagasi di perangkap sampah Sungai Klang-ADAKAH SAUDARA ANDA






KLANG - Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam bagasi di perangkap sampah Sungai Klang di Jalan Harper di sini pada 17 September yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) ACP Mohd Yusoff Mamat, ketika ditemui mangsa masih berpakaian lengkap dalam keadaan kaki berikat dengan tali nylon serta ada kesan kecederaan di bahagian kepala dan dipercayai telah dibunuh melebihi dua minggu yang lalu ditempat lain.

Dipercayai warga tempatan berketinggian 168cm, bergigi palsu, memakai kemeja lengan pendek berkolar corak berpetak putih, biru dan merah berjenama Arrow, berseluar pendek warna coklat, tali pinggang Bonia, memakai jam tangan jenama Oris serta gelang tangan magnetic silver dan turut ditemui pada mangsa alat bantuan penafasan pesakit asma.


KPD memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan polis serta mengesan waris simati. Sebarang maklumat bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chua Hang Loun di talian 019-3193193 dan 03-32902222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam bagasi di perangkap sampah Sungai Klang-ADAKAH SAUDARA ANDA. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top