Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Antara bidaah yang wajib dibanteras Semasa Pengurusan Jenazah - Ustazah Nur Puteri Dayana

Hal pengurusan jenazah Antara bidaah yang wajib dibanteras segera ialah :
1. Hapuskan amalan berikan sampul,kain pelikat,nasi bungkus kepada mereka yang datang solat jenazah.

* Kerana hal ini tidak pernah diajarkan oleh nabi s.a.w,impaknya besar kepada ahli keluarga si mati terpaksa sediakan bebanan ini untuk orang yang tidak ditimpa musibah.

* Mereka yang datang solat jenazah akan timbul sifat tidak ikhlas,datang hanya kerana wang,makan,kain
pelikat.Jika ini tiada maka next kematian mereka xkan datang.
.
2. Hapuskan amalan baca Al Fatihah 3 kali ketika usung jenazah.

 
Hal ini langsung tidak ada contoh dari nabi s.a.w,para sahabat,tabiin serta imam mazhab 4 sekalipun.

.
3. Hapuskan amalan baca talqin di atas kubur.

Si mati hanya membawa amalannya tidak ada kena mengena pak imam untuk bacakan talqin beri jawapan kepada si mati ini hanyalah kerja bidaah yang sia2 belaka.

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ } رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَالْأَرْبَعَةُ

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ajarilah orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian ucapan laa ilah illallah” (Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram no 501)


Talqin diajarkan kepada orang yang belum mati iaitu mereka yang nazak dengan ajarkan kalimah laailahaillah.

Bukan talqin kepada orang yang sudah mati itu kerja sia2.Tidak ada hadis yang sahih nabi s.a.w menyuruh talqin kepada insan yang sudah mati.
.
4. Hapuskan amalan upah pak imam / pak ustaz baca quran kepada si mati.
Amalan ini hanyalah menguntungkan mereka yang mengada adakan pakej ini,bukan membantu si mati pun.Jika hal ini benar pasti nabi s.a.w sudah mengajarkannya begitu juga sahabat yang lain.

Apa guna ada anak jika nak upah orang lain melakukannya ?Al Quran dibacakan kepada yang hidup bukan yang mati.Al Quran bukan untuk dibuat pakej ambil upah untuk baca kepada yang mati.
.
5. Hapuskan amalan kenduri arwah.

Amalan ini tidak dikenali di zaman nabi,para sahabat,tabiin,tabi' tabiin begitulah juga zaman imam mazhab 4.Tidak pernah imam syafie,imam nawawi,imam ibnu hajar,imam muzani melakukan kenduri arwah melainkan pengikut as syafie yang jahil sahaja.
.
6. Hapuskan amalan memacakkan pohon hias batu2 di atas kubur.

Nabi s.a.w pernah memacakkan tamar di atas kubur namun itu hanyalah mukjizat untuk dirinya kerana nabi mendengar penghuni kubur itu sedang diazab.Bukan semua perbuatan nabi s.a.w boleh diikuti sebagaimana nabi berkahwin lebih dari 4 itu hanya khas untuk dirinya.
.
7. Hapuskan amalan mendirikan bangunan di atas kubur.

Nabi s.a.w melarang mendirikan bangunan di atas kubur begitu juga imam syafie yang masyarakat di malaysia berpegang kepada qaul nya.

jabir berkata :"Rasulullah saw melarang mengapur kuburan dan duduk di atasnya atau membangunnya ( meninggikan tanah atau binaan) atau menulis di atasnya."
( HR Muslim,abu daud dan an-nasaie )

.
8. Hapuskan amalan menyiram air atas kubur secara bergilir gilir bertujuan untuk sejukkan kubur.

Yang dibenarkan menyiram air hanyalah untuk meratakan dan menguatkan struktur tanah.Itu boleh dilakukan secara sendirian tidak perlu bergilir gilir oleh ahli keluarga,orang luar pun boleh lakukannya.

9. Hapuskan amalan memberi upah kepada pengurus jenazah seperti gali kubur,mandikan jenazah dan hal2 yang berkaitan.

Hal ini merupakan kewajipan muslim ke atas muslim yang lain.Bukan menantikan habuan dan bergembira dengan kematian kerana mengharapkan ada habuan di sebalik menguruskan jenazah.- Ustazah Nur Puteri Dayana



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Antara bidaah yang wajib dibanteras Semasa Pengurusan Jenazah - Ustazah Nur Puteri Dayana. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top