Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

abang saya sanggup pukul mak saya depan prempuan tu disebabkan prempuan tu mengadu mak saya marah dia tapi padahal mak saya hanya tegur






Dulu abang saya seorang anak yang baik dan dengar kata mak ayah saya, tapi sejak dia berjumpa dengan seorang perempuan ni semasa dia berumur 18 tahun, dia terus berubah 100%. Waktu tu dia masih belajar tapi dia kerap ponteng kelas dan dia gagal dalam final year disebabkan dia selalu kluar dating dengan permpuan tu . Sampai mak saya sanggup kluarkan duit simpanan dia untuk abang saya masuk belajar balik. 


Waktu dia kenal perempuan ni, saya agak rasa kesian dgn mak saya sebab dia sanggup keluar duit banyak semata2 nak tengok abang saya berjaya tapi semua tu sia2. Abang saya mula buat perangai, dia mula kuat judi dan kekadang sampai berhari2 tak balik rumah kerana seorang perempuan.
Saya bukan lah dari keluarga yang terlampau kaya tapi saya tak tahu lah kenapa perempuan ni dan mak dia sanggup tabur barang di hadapan rumah saya dan bagi abang saya makan benda kotor, disebabkan dia nak sangat jadi menantu dalam keluarga saya sanggup dia buat perbuatan terkutuk tu.



Kalau nk diikutkan rasanya dh berpuluh ribu abang saya ambil duit dari mak dan ayah saya, dengan dia ambil barang kemas , ambil duit tabung saya dan adik saya, ambil duit dalam atm kad ayah saya, dan mcm2 lagi disebabkan nak mewahkan perempuan tu. ada sekali abang saya sanggup pukul mak saya depan prempuan tu disebabkan prempuan tu mengadu mak saya marah dia tapi padahal mak saya hanya tegur "kenapa perlu ambil abang saya balik tidur rumah mak ayah dia sedangkan kursus kahwin tu berada di sekitar kawasan tempat tinggal saya je".



Nak dipendekkan cerita, abang saya berkahwin tanpa kerelaan mak dan ayah saya. Puas mak dan ayah saya , pujuk supaya tundakan majlis tu kerana dia masih tak bekerja dan takutkan dia tak bertanggungjawab pada keluarga dia kemudian hari tapi disebabkan nk ikutkan kehendak hati perempuan tu dia sanggup belakang kan mak ayah saya, dan dia bernikah semasa mak saya di mengerjakan umrah. Dia cuma bagi mesej ringkas " harini dia bernikah dan doakan kebahgiaan dia", mak mana yg tak rasa sedih, anak yang dikandung 9 bulan buat begitu je. Semua persiapan perkahwinannya 100% ditanggung belah keluarga perempuan. 



Dan Sampai sekrang walaupun abang saya dah dikurniakan 2 anak tapi kehidupan abang saya tak pernah tenteram dan sentiasa ditimpa masalah yang tak pernah habis. Dan akak ipar saya tu, tersangatlah biadab. Bila dia bergaduh dengan abang saya, dia akan mesej mak saya dengan ayat yang menyakitkan dan biadab, dia langsung tak pandai nk hormat mak ayah saya dan langsung tak matang. Abang saya sentiasa bergantung pada mak saya untuk membantu dia dari segi kewangan, kekadang saya sampai bengang sebab saya anak perempuan pun tak bergantung mcm tu dengan mak ayah saya. 



Kekadang saya tak tahu lah, akak ipar saya ni nak mak mertua yang baik mcm mana lagi, setiap kali mak saya bercuti ke luar negara barang dia dan anak2 dia tak pernah mak saya terlepas utk membeli disebakan nk jaga hati dia. Mak saya tak pernah layan dia kasar atau marah dia tapi dia still cakap mak saya tu jahat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA abang saya sanggup pukul mak saya depan prempuan tu disebabkan prempuan tu mengadu mak saya marah dia tapi padahal mak saya hanya tegur . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top