Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kematian Ustaz Harun Din Dihina Netizen Yang Taksub Politik Berikut Hinaan Yang Diterima

KUALA LUMPUR – Mungkin gara-gara terlalu taksub politik, sesetengah pihak seolah-olah bergembira dengan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din, 76, hari ini.

Malah, sebilangan mereka sanggup menghina pemergian tokoh ulama PAS tersebut dengan perkataan yang amat menjengkelkan di media sosial.

Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Taufiq Halim berkata, kematian Mursyidul Am PAS bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah kehilangan `satu tongkatnya’.

“Satu tongkat Najib sudah baham tanah tinggal almerengi…alfatihah,” katanya dalam ruangan komen di laman Facebook milik seorang pemimpin PKR hari ini.

Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik

Pemilik akaun Facebook, Dino Dini dalam nada biadap pula menyindir mengapa Mursyidul Am PAS percaya pada hospital milik kafir hingga sanggup mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat.

“Dipenghujung nyawa masih merpertahankan UMNO BN. Sedangkan undi PRU13 yang diberikan penyokong pakatan rakyat kepada PASPISPUS suruh lawan UMNO BN bukan suruh kawan UMNO BN. Kamu Hadi, Haron Din, Nik Abduh mungkiri janji dan akan dikenang sebagai pengkhianat dan pecah amanah undi Pakatan Rakyat.semoga kamu sempat bertaubat,” sindirnya.

Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik

Pemilik akaun Riuh Rendah pula memfitnah kononnya Haron bukan berminat dengan politik tetapi menyertai PAS untuk melihat sejauh mana kejujuran PAS ke atas agama Islam.

“Apabila masuk PAS beliau dapati PAS hanya cakapnya yang lebih, jujur dengan Islam hanyalah ala kadar sahaja,” dakwanya.

Mxjue Tge pula berkata: “Mxjue Tge Allah nk tunjuk dop belah mano…jujurlh dale tanggung jawap….duit buke utama….atgna jd buat contoh xse ikut…..munhkin balasan Allah pd yg tidak jujur pd agama…..”

Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik

Murysidul Am PAS itu disahkan kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat selepas dilaporkan menghidap masalah jantung.

Berita itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kematian Ustaz Harun Din Dihina Netizen Yang Taksub Politik Berikut Hinaan Yang Diterima. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top