Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya seorang ibu tunggal tapi saya tak pernah berkahwin. saya pernah jd mangsa keadaan satu masa dahulu





 assalamualaikum. mohon dihidekan identiti saya sbb saya guna profile saya sendiri.

saya seorang ibu tunggal. tapi saya tak pernah berkahwin.
saya pernah jd mangsa rogol satu masa dahulu. bukan detailnya yg saya nak ceritakan di sini.


saya cuma nak minta pada semua pembaca agar tak pandang hina orang macam saya. orang yang senasib dgn saya. saya tak pernah terfikir perjalanan hidup saya akan wujud kisah semacam ni. trauma...? bertahun saya ambil masa untuk pulih. terima penghinaan org terdekat. org yg pernah sayang saya juga tinggalkan saya macam tu saja. ya, mungkin betul kata mereka. saya ni memalukan saja.
saya sendiri juga malu.

 sampai sekarang pun saya masih malu atas apa yg pernah berlaku pada saya.
orang salahkan saya.
saya terfikir juga. 


nak dikata saya dulu jadi mangsa sebab pakaian saya? mustahil. saya menutup aurat. saya tahu batas-batas yg ada.
saya goda orang?
tak. saya tak suka goda orang.


malah saya sangat susah bergaul dgn lelaki.

orang salahkan saya sebab saya tak jaga diri saya.
saya makin tertekan. sehingga anak sy dah besar pun, hal tu masih menghantui saya. saya syg anak saya. saya jaga dia sebaik-baiknya.
cuma kadang-kadang,

emosi saya tak terkawal juga. bukan apa, berpunca dari org sekeliling juga yg menjentik emosi sy. ungkit2 hal lama.

saya biasa dihina. tapi sy paling xtahan bila anak saya turut rasa tempiasnya.
saya nak teruskan hidup sama macam orang lain juga.

point utama saya,
saya nak seru pada semua.



ketahuilah dan sedarlah satu perkara ni... ada segelintir wanita yg dirogol bukan sebab dia tak jaga diri dia. bukan sebab pakaian dia seksi atau dia cantik bak bidadari. dia dirogol sebab ada seseorang yang rogol dia.
orang orang seperti saya juga ada maruah.
maaf kalau admin rasa post ni tak sesuai untuk dipaparkan. tak apa. saya cuma nak berkongsi apa yg telah lama saya pendam seorang diri.
terima kasih.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA saya seorang ibu tunggal tapi saya tak pernah berkahwin. saya pernah jd mangsa keadaan satu masa dahulu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top