Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SAYA ISTERI ATAS KERTAS SAHAJA- uami saya akan membelakangkan saya dan meletakkn bantal peluk di tengah2 supaya suami dan saya tidak bersentuhan.





Assalamualaikum..admin tolong hidekan fb sy..sy nk mintak pendapat warga krt..
Saya menghadapi masalah kurang kasih sayang dan perhatian suami saya sejak awal pernikahan setahun yg lepas sehingga ke hari ini. 

Saya ada 2 org anak lelaki umur 6 dan 5 tahun bersekolah Prasekolah berhampiran rumah. Saya ibu bekerja sektor awam manakala suami tdk mempunyai pekerjaan dan senang citer memng x suka bekerja dengan ada bos. Suami lebih selesa buat kerja2 sendiri seperti mengambil madu lebah ( bermusim ) dan amik upah tebang pokok ( tdk ada permintaan pun kdg2 ) makanya suami saya betul2 untuk sara hidup dia ( rokok ) 



Keperluan dirumah segalanya atas tanggungan saya begitu juga keperluan ank2 saya segalanya atas saya. Suami memng x amik tau langsunglah sebb xda pendapatan nak bantu.

Anak2 pergi sekolah bersama saya jam 7 pg seperjalanan menuju ke tempat keje saya.


Kehidupan suami saya x reti duduk rumah. Jadual dia bangun tido jam 12 tghari ( jika anak bersekolah ) sebb nk uruskan anak balik sekolah jam 12 Tgahri. Selesai sahaja uruskan ank2 suami saya x perdulikan makan minum anak saya lpas blk sekolah. Bila saya tegur kenapa x bagi anak2 mkan,katanya ank2 x minta pun..xdalah aku nk bg makan.(anak2 memng xkan mintaklah nk makan sebb takut kena marah ) so berlaparlah ank saya sehingga petang saya blk jam 6.oopm. 



Saya sampai shj dirumah...belum sempat berckap apa2 dengan suami saya,suami terus keluar kdg2 melepak dgn kwn2 dia,kdg2 mencari ikan,kdg2 memikat burung dll aktiviti perhutanan sehingga jam 12 ke 1 mlm. Kdg2 smpai 6 pg bru blk kerumah. Dan jika awal blk ke rumah pun ,suami saya melepak di luar rumah asyik dengan fon smpai ke 6 ke 7 pg..sehingga saya bangun nak pergi kerja,barulah suami saya masuk mandi dan tdo sehgga jam 12 tgahari setiap hari dah setahun perkahwinan saya dengan suami. Setiap hari sabtu ank x sekolah...suami saya akan keluar jam 8 mlm dan blk jam 6 pg melepak dengan kwan2 dan balik tdo bangun jam 4 ke 5 ptg😢

Ruti harian saya dengan anak2 sahaja tanpa sesiapa...bergelumang di rumah tanpa gurau senda dan tanpa melihat wajah suami walaupun hari cuti hujubg minggu saya. Nk keluar bqak anak2 jalan,bimbng sebb tanpa izin suami.nk minta izin keluar...suami jenis panas baran dan x suka tidurnya diganggu serta bilik berkunci
Anak2 saya x mengerti apa2.Sekadar anak tiri je .. 


Anak2 memang sering ketakutan bila suami ada kat rumah sebb suami akan sntiasa memarahi anak2 saya berumur 5 dan 6 tahun yg x faham apa2.

Saya dan suami tidak tidur bersama tp tinggal sebumbung.

Saya juga tdk 'bersama 'dengan suami ( ketidak cukupan hubungan seksual ) sebulan sekali jauh sekali ...bersama pun nk menutup tempoh 3 bulan.. seperti terpksa suami saya buat. Saya sengaja tidur di bilik suami saya... 



suami saya sanggup tdk masuk bilik dan menghabiskan masa dengan fon di luar rumah sehgga saya bngun mndi utk pergi bekerja. Kalau pun suami baring bersama ( trpksa ) suami saya akan membelakangkan saya dan meletakkn bantal peluk di tengah2 supaya suami dan saya tidak bersentuhan. Bila saya minta untuk bersama,suami.x layan dan membodohkan diri serta buat2 tido. Kebanyakkannya suami saya x tido waktu malam dan tidak perdulikan saya dengan anak2.
Saya dan suami ibarat ibu dan ank.. menjaga makan.minum pakaian dia dan kemas2 rumah...selebihnya ibarat tukang gaji pun ye.. 


Saya pernah mnya diceraikan oleh suami saya tp suami saya enggan dan buat x endah segala apa yg saya bincangkan.. bila duit nak beli rokok xda...barulah secara muka x malu berbaik dengan saya ...selagi ada duit poket...sebulan x tegur antara satu sama lain pun tiada masalah pada suami saya. Rutin kami memng xda bermesra bercakap..nak share masalah pun x dapat.. pernah sebulan kami x bercakap walau sebumbung.. 


Saya rasa saya dianiaya dan saya diperalatkan utk kepentingan diri suami saya sebb dia tidak bekerja dan dah selesa dengan kesengan dan kesempurnaan hidup dia sehingga lupa nak bg kasih sayang dan menghargai saya..saya dah bawak hal ini kepada pjbat agama islam...pejbat agama mnta saya untuk berunding dan sesi kaunseling.masalahnya suami saya tidak akan bagi kerjasama yang baik malahan menguhut saya sekiranya suami dipanggil oleh pejabat agama..akan ada berlaku pada saya. .. saya buntu


Pernah juga saya minta kat suami untuk duduk berasingan tp suami diam buat x tau sehingga saya sakit menangis x sedar diri sebb stress. Sekiranya saya keluar dri rumah untuk hidup berasingan tanpa cerai...saya Nusyuz... namun dlam masalah saya ini..Nusyuz kah saya dan boleh ke saya memohon kebenaran mahkamah untuk tinggal berasingan dengan suami saya tanpa pengetahuan suami. Daripada saya hidup 


ibarat orang asing
Ibarat tukang gaji
Ibarat ibu dan ank
SAYA ISTERI ATAS KERTAS SAHAJA ( SIJIL NIKAH )



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA SAYA ISTERI ATAS KERTAS SAHAJA- uami saya akan membelakangkan saya dan meletakkn bantal peluk di tengah2 supaya suami dan saya tidak bersentuhan.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top