Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pencetus ummah,imam muda,daei buang masa Program ini sebenarnya hanyalah bertujuan hiburan - Nur Puteri Dayana

Pencetus ummah,imam muda,daei buang masaJika anda ada anak yang berilmu dalam hal agama jangan biarkan masa mereka terbuang dengan memasuki program dangkal seperti 'pencetus ummah',daei,imam muda dan sebagainya.
Program ini sebenarnya hanyalah bertujuan hiburan.

Juri yang dijemput pun datang dari pelbagai kelompok,sampaikan hadis palsu pun boleh jadi juri,tok bomoh pun dijemput jadi juri.Ayat Al Quran,hadis yang sahih ataupun tidak sahih dilacurkan begitu saja oleh peserta semata2 nak pungut markah tertinggi.

Agama islam sudah menjadi 1 platform untuk mereka dikenali.Selepas perform persembahan maka bersedialah untuk dimalukan oleh juri,mereka yang ada ilmu tiba2 ditegur secara umum disebabkan persembahan hambar.

Mereka dinilai bukan melalui ilmu tetapi melalui tinggi mana tahap tolol mereka.Maksudnya selagi mereka pandai menghiburkan orang,mereka pandai berlawak,mereka pandai menyanyi itulah yang mendapat tempat di hati orang ramai.

Selepas seorang demi seorang tersingkir apakah yang jadi kepada yang tersingkir itu ?Dapat mengarang tentang ilmu aqidah ?Dapat jalankan dakwah street untuk sebarkan tauhid ?

Mereka ini hanya inginkan tempat saja di hati orang ramai,mereka hanya tuju tempat yang selesa,berhawa dingin,dalam masjid.

Mereka yang masuk program tolol ini hanya dikenali dengan nama bukan melalui ilmu mereka.

Nak selamat bila ditanya soalan kena jawab mengikut adat setempat,jawapan dari Quran dan sunnah harap maaf mungkin akan disingkir awal.Kebenaran tidak akan terbit dari mereka ini.

Ramai asatizah lain di Malaysia ini lebih berjasa dalam bidang ilmu berbanding mereka ini xperlu pun masuk program dangkal ini.

Pada Pandangan Admin Nur puteri Dayana hanya pandai mencari kesalahan orang lain hampir semua ustaz beliau mengatakan tidak benar dan tidak diajar nabi. Mungkin beliau seorang yang betul.

 



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Pencetus ummah,imam muda,daei buang masa Program ini sebenarnya hanyalah bertujuan hiburan - Nur Puteri Dayana. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top