Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kepada perempuan yg saya maksudkan itu A***, ambil lah suami ku yg kau cintakan dan sayangkan itu. Dan kepada suamiku ambil lah dia sebagai isteri





Assalamualaikum wbt...
Saya nak kongsikan sedikit kisah kehidupan yg saya lalui selama hampir setahun.
Semua cerita ini hanya untuk menyedarkan wanita-wanita diluar sana. Bukan senang nak lalui tetapi kena kuat harungi. Kehidupan harus diteruskan walaupun pahit. Perkara dah pun berlalu..


Saya mengandungkan anak kedua, usia kandungan saya 7 bulan. Selama saya mengandung saya dikejutkan dengan pelbagai ujian dan kejutan dari suami. Suami saya curang dengan perempuan lain. Ini bukan kali pertama. Tapi disebabkan sayangkan suami dan rumahtangga yang kami bina saya beri peluang kepada suami, mengharapkan dia akan berubah dan tidak mengulanginya lagi.
Tapi saya silap. Kerana peluang dan lembut hati itulah suami saya dah terbiasa dan buat lagi.


Kami kenal dari zaman sekolah hampir 10 tahun. Dan kami mendirikan rumahtangga baru suku perjalanan, jauh lagi sebenarnya nak harungi. Tapi dalam usia 3 tahun rumahtangga kami, terlalu banyak yg mengejutkan saya dengan sikap suami curang di belakang saya. Kalau curang tanpa apa-apa saya masih boleh terima tapi dah terlanjur banyak kali bukan sekali dua.

Suami saya bukan saja curang tetapi dia seorang yang panas baran dan baran dia yg boleh sampai mengangkat tangan dan meninggalkan kesan lebam-lebam di tubuh badan saya. Walaupun atas kesilapan dia sendiri, dia akan mengangkat tangan terhadap saya. Saya dapat tahu kecurangan suami saya yg kali kedua ini pada awal tahun. Pada mula saya tak percaya kawan 1 pejabat dia beritahu tapi dia lupa Allah itu ada. Allah beri petunjuk kepada saya sendiri sikit demi sikit. Malah depan mata saya nampak mereka berdua-duaan dengan mesra.

Mula-mula saya buka hp suami, menggigil tangan saya buka sebab nampak semua yg tak patut saya nampak. Dia save no perempuan tu dengan panggilan manja. Dan saya tengok kat whatsapp dia dengan perempuan itu dan saya sempat screenshot semua perbualan mereka. Sangat mengejutkan saya. Bukan sekali rupanya mereka dah terlanjur hingga ke hotel. Dan perempuan itu pun memburukkan saya dan mencabar kesabaran saya.

Saya suruh dia mengaku tapi memula taknak mengaku malah saya dipersalahkan kerana cemburu buta dan kata saya gila tak tentu pasal. Ada ke isteri diluar sana bila dah tahu suami curang hingga terlanjur tak marah dan boleh senyum? Perkara ini diketahui oleh seluruh family 2 pihak.

Malah saya dipersalahkan oleh family pihak suami kerana cemburu buta dan kata saya tak hormat suami. Tak pandai jaga makan minum suami. Saya bukan seorang yg pemalas sampaikan tak uruskan semua. Saya diajar berdikari sejak dari sekolah lagi untuk menguruskan semua. Saya ada kerja tetap dan juga ada kerja sambilan untuk segala belanja bulanan dan duit simpanan saya. Saya taknak menyusahkan suami kerana saya faham dengan keadaan ekonomi sekarang. Saya balik kerja masak, uruskan semua dalam rumah sendiri. 


Sampaikan saya berpantang anak pertama, saya jemur pakaian sendiri tanpa minta tolong suami walaupun pernah minta tolong, dia kata kejap2 dan bukan kerja dia. Duit nafkah memang jarang sekali dia nak hulur. Barang dapur atau sabun pakai harian, makan minum masak segalanya saya yg beli. Kadang dia minta duit dari saya, saya tak kisah. Pinjam duit saya, saya bagi. Walaupun sampai sekarang tak pulangkan lagi. Anak pun saya uruskan sendiri.
Saya diamkan saja. Kerana saya masih kuat untuk melakukan semua.

Saya hampir putus asa tapi disebabkan anak, saya kena kuat harungi. 

 Allah turunkan ujian ini kepada saya. Saya redha. Saya mengambil keputusan ke pejabat agama untuk nasihat dan untuk melangkah pergi dari kehidupan dia. Dia tak nak melepaskan dan kembalikan saya dengan cara baik sebagaimana dia ambil saya dari orang tua memula dia melamar saya, malah dia ingin menyeksa kehidupan saya. dia sendiri mengaku nakkan saya pun sebab anak. Jadi saya akur dengan kata-kata dia. Saya nekad dengan keputusan saya untuk menfailkan cerai. Saya ada segala bukti atas kelakuan dia terhadap saya.

 Laporan polis, hospital, bukti-bukti dia bersama perempuan lain semua saya ada. Saya pun manusia biasa nak kan kebahagiaan juga. Sampai bila nak derita atas kelakuan suami yg tidak pernah berubah. Saya tengah tunggu keputusan semua dari pihak mahkamah dan sampai lah anak saya dilahirkan. Saya ingin memulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Ingin bahagia bersama anak-anak. Saya percaya dan janji Allah itu pasti. Allah itu ada. Saya sentiasa berdoa untuk diberi kekuatan dan jalan kepada saya.

Kepada perempuan yg saya maksudkan itu A***, ambil lah suami ku yg kau cintakan dan sayangkan itu. Dan kepada suamiku ambil lah dia sebagai isteri kerana dia boleh memberi kau segalanya berbanding aku. Kerana dia yg kau cintai. Dia lebih hebat dari aku. Dia lebih dari segalanya dari aku. Dia lebih baik dari aku. Mungkin dia boleh memberi kebahagiaan kepada kau lebih dari aku. Terima kasih atas perkahwinan kita selama ini. Perkenalan kita selama ini. Aku harap kau berubah lebih baik selepas ini.


Saya harap perkongsian ini dapat membuka mata dan hati wanita-wanita dan isteri-isteri diluar sana. Bukan semua keputusan suami kena ikut kalau dosa yg dia lakukan dan kami harus tunduk. Kami juga ada hak sebagai seorang isteri kalau diperlakukan sebegini rupa, silalah ambil keputusan untuk diri sendiri dan kehidupan masa depan.
Wasalam...



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Kepada perempuan yg saya maksudkan itu A***, ambil lah suami ku yg kau cintakan dan sayangkan itu. Dan kepada suamiku ambil lah dia sebagai isteri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top