Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

dilema bakal pengantin -wang hantaran saya 17k belum termasuk lagi cas lain yang dikenakan oleh ibubapa





Salam..harap hide profile saya biarpun ini fake profile. Saya hanya ingin meluahkan perasaan dan meminta pandangan yang bernas dari pembaca KRTF. Kisah saya begini, saya sudah bertunang tahun lalu dan bakal berkahwin hujung tahun ini jika tiada halangan. Masalahnya, saya rasa ibu bapa saya seolah-olah "gila duit"

 (maaf). Semasa bertunang, mereka meminta 2K dari bakal tunang saya untuk majlis pertunangan. Selepas itu mereka menetapkan wang hantaran 17K. Tunang saya telah memberikan wang 17K tersebut kepada ibu bapa saya pada bulan march lalu dengan harapan majlis perkahwinan nanti akan berjalan lancar. Awal bulan ini, ibu bapa saya meminta lagi duit sebanyk 3K dari tunang saya. Saya kasihankan tunang dan diri sendiri. Saya tahu bukan senang untuk kami kumpul duit (duit 17K adalah hasil simpanan kami bersama).

 Kami tidak ingin majlis yang mewah. Tak ada majlis pun tak apa. Cukup sekadar nikah dan hubungan halal. Tapi ibu bapa tidak memahami. Berkeras untuk buat majlis besar-besaran tapi kami yang terpaksa menanggung semuanya. Saya sudah cuba berbincang dengan ibu bapa, tapi saya ditengking-tengking sehingga tahap saya ingin menengking mereka semula (sabar...). 

Saya ingin berkahwin dengan restu ibu bapadan tidak menyusahkan bakal suami. Apa yang perlu saya lakukan? Perlukan saya kahwin tanpa pengetahuan ibu bapa? Atau saya terpaksa membatalkan perkahwinan ini? Saya cemburu melihat kawan-kawan yang mempunyai ibu bapa yang memahami. Cukup sekadar membenarkan anak mereka bernikah. Tidak perlu buang duit beribu-ribu untuk majlis. kan bagus duit tu digunakan untuk memulakan hidup selepas berkahwin? Kenapalah malangnya nasib ku dapa ibu bapa seperti ini (maaf)....



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA dilema bakal pengantin -wang hantaran saya 17k belum termasuk lagi cas lain yang dikenakan oleh ibubapa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top