Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tompokan darah atas cadar membongkarkan perbuatan jijik pelajar kolej

Kota Bharu: Penuntut perempuan berusia 19 tahun dipercayai melahirkan bayi lelakinya di dalam asrama sebuah kolej swasta, di sini, secara sendirian, sebelum memberitahu pengurusan kolejnya bahawa dia tidak sihat dan perlu dihantar ke hospital.


Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan sebelum jam 8 pagi kelmarin.

Katanya, penuntut itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh pihak kolej berkenaan selepas dia mengadu tidak sihat.

“Kami difahamkan pihak pengurusan kolej itu tidak mengetahui penuntut terbabit menyembunyikan kelahiran di dalam bilik asramanya.

“Kami percaya bayi itu dilahirkan sebelum suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang media di sini, malam kelmarin.

Malam kelmarin, portal Harian Metro melaporkan mayat bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di sebuah bilik asrama kolej swasta, di sini, jam 3 petang.

Bayi yang cukup sifat itu ditemui di dalam plastik yang dibungkus dengan seluar.

Susulan itu, penuntut terbabit yang masih dirawat di HRPZ II direman empat hari untuk membantu siasatan, bermula semalam.


jasad bayi dalam tong sampah

Mengulas lanjut, Din berkata, suspek dikatakan merahsiakan kelahirannya apabila menyembunyikan mayat bayi itu di dalam tong sampah yang diisi di dalam plastik selepas dibungkus dengan seluar.

“Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila ada penuntut menemui tompokan darah di cadar tilam dan di atas lantai, sebelum bercerita mengenai hal itu sehingga didengari pengawal keselamatan bertugas.

“Susulan itu, pemeriksaan lanjut dijalankan pengawal sehingga membawa kepada penemuan mayat bayi berkenaan yang kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Mayat bayi dirujuk ke HRPZ II untuk bedah siasat,” katanya.

Dia memberitahu kejadian itu dimaklumkan kepada ibu bapa penuntut berkenaan dan siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengesan lelaki bertanggungjawab.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.- harian metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tompokan darah atas cadar membongkarkan perbuatan jijik pelajar kolej . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top