Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pasangan ini mempunya 10 orang anak, walaupun sibuk kesemua anaknya penghafal Al-quran inilah rahsia dan tips dikongsikan keluarga ini

menjaga anak cemerlang tentu saja tidak mudah. Begitu juga dalam mendidik anak-anak agar lahir menjadi generasi penerus yang membanggakan. Meski begitu, melahirkan anak-anak yang bijak tidaklah sukar. Sebab, itu bermula dari ibu bapanya sendiri. Ya, anak yang cemerlang akan lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga.
 


Sebagaimana yang berlaku pada pasangan ini. Dialah MUTAMMIMUL Ula, SH dan Dra Wirianingsih, Bc.Hk. Pasangan ini mempunyai 10 orang anak.

Walaupun begitu, mereka mampu membuat anak-anak yang bijak dan menjadi penghafal Al-Quran. Padahal, mereka sendiri mempunyai kesibukannya masing-masing. Lantas, apa ya kunci kejayaan mereka?


 Seperti dipetik dari www.salam-online.com bahawa hal yang cukup asas yang dimiliki keluarga ini sehingga mampu mendidik 10 anak menghafal Al-Quran adalah visi dan konsep yang jelas.

Pertama adalah menjadikan putra-putri seluruhnya hafal Al-Quran. Kedua, pembiasaan dan pengurusan masa. Selepas solat Subuh dan Maghrib adalah waktu khusus untuk Al-Quran yang tidak boleh dilanggar dalam keluarga ini.

Ketika masih kanak-kanak kecil, Wirianingsih konsisten membaca Al-Quran di dekat mereka, mengajarkannya, bahkan mendirikan TPQ di rumahnya


Ketiga, MENYAMPAIKAN tujuan dan memberikan hadiah. Walaupun awalnya merasa terpaksa, namun apabila sudah besar mereka memahami menghafal Al-Quran sebagai perkara yang sangat perlu, penting, bahkan keperluan.

Komunikasi yang baik sangat menyokong hal ini. Dan saat anak-anak mampu menghafal Al-Quran, mereka diberi hadiah. Mungkin seperti reward atas pencapaian mereka.

Itulah tiga kunci kejayaan mereka memupuk anak-anak yang cinta Al-Quran. Ternyata, memanglah benar, ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak, maka akan membuat anak-anak yang bijak juga.


 Oleh sebab itu, jika kita pun mahukan anak-anak yang bijak, yang mempunyai peranan penting kepada bangsa dan agama, maka jadikanlah diri kita sebagai guru mereka.

Namun sebelum itu, kita pun harus mempersiapkan diri dalam mendidik mereka dengan cara belajar. Ya, jangan pernah berhenti untuk belajar. Sebab dari situlah kita akan tahu bagaimana cara mengajar kepada anak-anak kita.






Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Pasangan ini mempunya 10 orang anak, walaupun sibuk kesemua anaknya penghafal Al-quran inilah rahsia dan tips dikongsikan keluarga ini. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top