Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

. Ternampak baby tengah meniarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, "ya Allah, anak siapa pula ini? Kenapa dibiar meniarap di kaki lima?".




 Oleh Hamiatie Abd Hamid

Mati langkah saya keluar dari kedai tadi. Ternampak baby tengah meniarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, "ya Allah, anak siapa pula ini? Kenapa dibiar meniarap di kaki lima?". Rasa nak marah pun ada. Mana ibu dia?

Saya pergi mendekati mereka. Allah, nak nangis melihat si kecil itu. Si abang menjaga adiknya yang merengek-rengek, disumbatnya ibu jari untuk dihisap dan si kecil itu berhenti menangis. Dalam hati saya menangis melihat keadaan mereka berdua.

"Mak kamu di mana?" soal saya pada si abang.

"Mak pergi sana," jawabnya sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang dimaksudnya.

"Bapak kami?" saya masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

"Ditahan polis, tiada IC," wajahnya menjadi sedih bila menjawab soalan itu.

"Berapa bulan adik kamu ini? Kenapa tak duduk di rumah saja? Kesian adik kamu ini sejuk," sedih tengok si kecil ini baring di kaki lima tanpa beralas. Meruntun naluri saya sebagai seorang ibu.

"Tujuh bulan. Di rumah tiada makanan, tiada duit nak beli makanan," jawabnya sambil mengelap hingsu adiknya yang meleleh.
Saya tak tahu nak tanya soalan apa lagi. Menangis melihat si kecil itu yang masih menghisap jari abangnya. Tidak jauh dari situ, ada sebuah kedai roti. Lalu saya pergi ke kedai itu dna mencari apa yang boleh dibelikan untuk diberikan kepada mereka berdua. Saya belikan susu Dutchlady rendah lemak dan roti. Mungkin boleh mengenyangkan si kecil itu.


Selesai membeli, saya kembali semula kepada mereka. Si kecil dan abangnya baring berhadapan tanpa sebarang alas. Nampak si abang sayang pada adiknya. Allahuakbar. Saya menangis ketika menghulurkan bungkusan susu dan roti kepada mereka.

"Nah, bagi adik kamu minum susu ini. Roti ini, bagi dia makan sikit-sikit. Kamu pun makanlah sekali," kata saya padanya.

Dia bangun dan duduk sambil menyuap adiknya susu Dutchlady itu dengan straw dua tiga kali. Saya menarik nafas, pusing dan masuk ke kereta. Allah, peliharalah anak kaki lima itu.

Budak suku 'Palauh' ini ada di merata-rata. Mereka akan kejar kita untuk minta duit. Selalunya memang saya ikut mood juga kalau nak hulur. Bukan apa, saya lebih gemar menghulur makanan daripada menghulur duit kerana mereka memang akan salahgunakan duit itu. Selalu berlaku di depan mata.

Tapi kali ini saya jumpa yang tak menganggu orang pun. Dia tak kejar orang, dia bermain saja dengan adik dia. Allah, peliharalah anak-anak ini, ya Allah.



http://www.thereporter.my/2017/02/ya-allah-pellharalah-anak-kaki-lima-ini.html





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA . Ternampak baby tengah meniarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, "ya Allah, anak siapa pula ini? Kenapa dibiar meniarap di kaki lima?".. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top