Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

suami sakit kanser paru-paru tahap 4 dan isteri sakit leukemia tahap 1-VIRALKAN UNTUK DAPATKAN DANA UNTUK PERUBATAN






Suami, isteri hidap kanser Muhammad Fahzan Izani bersama anak -anak dan isterinya yang juga diagnosis menghidap leukemia tahap 1.
DUNGUN - Seorang ketua keluarga kini bertarung nyawa melawan sakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sejak dua tahun lalu.

Muhammad Fahzan Izani Ibrahim, 35, yang juga bapa kepada tiga anak berkata, penyakit dihidapi adalah dugaan paling besar baginya tambahan pula isterinya, Azuraida Mohammad, 34, terlebih dahulu disahkan menghidap leukemia.

Dia yang sebelum ini bertugas di sebuah syarikat swasta di Kuala Terengganu terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.


Menurutnya, pada awalnya dia mengalami batuk berdarah yang berterusan tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakit kanser dihidapi sehinggalah dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Saya mula mengalami batuk-batuk sehingga berdarah pada Mac 2014 dan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesyaki saya menghidap Tibi tetapi apabila ujian dibuat didapati ianya negatif.

“Selepas itu mereka syak saya terkena jangkitan kuman di paru-paru tetapi tiada keputusan sebenar. Setelah agak lama menunggu status penyakit dihidapi saya ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu dan akhirnya diagnosis menghidap kanser paru-paru tahap empat," katanya.

Muhammad Fahzan berkata, dia kemudiannya disarankan membuat kemoterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan sesi kemoterapi bermula 27 Oktober 2014.

“Setelah menjalani kemoterapi sebanyak enam sesi, keadaan kesihatan saya bertambah stabil dan saya boleh bekerja seperti biasa,” katanya ketika kunjungan Adun Paka, Satiful Bahri Mamat di kediamannya di kampung Paya Dusun, Batu 5.

Kanser merebak ke otak, tulang belakang

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana sel kanser sudah mula merebak ke kepala dan tulang belakang.

“Mei 2016 saya terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan sudah semakin teruk dan sekarang saya perlu menjalani rawatan kemoterapi kali kedua.

“Sesi pertama sudah dilakukan akhir September lalu dan akan diikuti lima lagi sesi.

“Sekarang saya berehat di rumah dan masih mampu menguruskan diri sendiri, manakala isteri bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di salah sebuah sekolah rendah di Dungun.

“Keadaan kesihatan isteri masih lagi baik dan dia dikesan menghidap leukemia tahap satu ketika mengandung anak bongsu kami yang kini berusia tiga tahun.

“Dia sudah menjalani rawatan termasuk mengambil sampel air tulang belakang dan perlu mengambil ubat dari semasa ke semasa,” katanya.

Alami masalah kewangan

Kata Fahzan, dia tidak pernah menyangka akan diuji sedemikian rupa dan sekarang kehidupan mereka sekeluarga agak kesempitan kerana banyak wang perlu dikeluarkan untuk berubat.

“Alhamdulillah saya ada mengambil insurans dan sebahagian kos rawatan ditanggung.

“Bagaimanapun ia tidak mencukupi kerana banyak urusan dan keperluan lain perlu dilakukan tetapi saya sudah tidak mampu mencari rezeki.

“Ketika kemoterapi kali pertama satu sesi menelan kos kira-kira RM7,000 dan enam sesi mencecah RM42,000.

“Ketika itu memang agak sukar dan duit simpanan habis serta terpaksa meminjam untuk membayar rawatan.

“Alhamdulillah rawatan kemoterapi kali kedua menggunakan ubat lain dan satu sesi bayarannya tidak sampai RM1,000.

“Memang mustahil tiada masalah kewangan kerana rumah dan kenderaan juga masih lagi dalam proses pinjaman serta setakat ini memang kami tidak memohon apa-apa bantuan,” katanya.

Harap usia panjang

Besar harapan Fahzan sebagai seorang bapa untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata dan berdoa supaya umurnya masih panjang.

“Kalau ikutkan saya hanya mampu bertahan enam bulan sahaja tetapi setelah menjalani rawatan Alhamdulillah usia masih panjang sehingga ke hari ini.

“Selagi bernafas, saya akan terus berusaha membuat rawatan supaya dapat menjaga anak-anak sehinggalah mereka besar.

“Ketiga-tiganya masih kecil, malah isteri juga menghidap penyakit agak berbahaya.

“Yang penting saya perlu sabar, berusaha dan berdoa kerana sudah tiada jalan lain untuk mengatasi masalah ini, ”katanya.

Adun Paka hulur sumbangan ringankan beban

Sementara itu, Satiful Bahri turut melahirkan rasa simpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan berharap keadaan kesihatan lelaki itu semakin pulih.

“Sesi ziarah ke rumah pesakit atau golongan kurang bernasib baik memang kita laksanakan dari semasa ke semasa. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan kita sama-sama merasai beban ditanggung.

“Walaupun tidak besar, sumbangan diberi diharapkan dapat meringankan beban keluarga ini. Diharapkan masyarakat di luar sana juga prihatin dan sama-sama membantu,” katanya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank 563091005313 di atas nama Muhamnad Fahzan Izani.

http://bicaranetworks.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA suami sakit kanser paru-paru tahap 4 dan isteri sakit leukemia tahap 1-VIRALKAN UNTUK DAPATKAN DANA UNTUK PERUBATAN. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top