Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

suri rumah Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung





Ibu Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung|Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, pada 4 Februari lepas.

Fadillah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiry antara pukul 1 tengah hari dan 2 petang di rumah yang didiaminya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Mohd Azrul Hasyimi Muhamad menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai mengelar leher bayi perempuannya hingga mati dalam satu kejadian di kuarters berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dilaporkan berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera berpangkat korporal, berkemungkinan mengalami gangguan emosi.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA suri rumah Meroyan Kelar Anak Berdepan Hukuman Gantung. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top