Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Suami isteri cedera di tangan dan kepala akibat ditetak dengan parang panjang oleh saudara mereka



Pendang: Suami isteri cedera di tangan dan kepala akibat ditetak dengan parang panjang oleh saudara mereka di Felda Sungai Tiang, semalam.

Kejadian berlaku 7.32 malam ketika Muhamad Yusob Abdullah, 55, dan isterinya, Zaiton Mohamad Salleh, 52, berada di rumah bersama tiga anak perempuan mereka berusia 20 hingga 25 tahun serta seorang cucu perempuan berusia tiga tahun.

Seorang anak mangsa, Husna, 25, memberitahu mereka sekeluarga yang sedang duduk di ruang tamu rumah tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi orang menendang pintu dapur dengan kuat.

Katanya, ayahnya bergegas ke dapur untuk melihat dan mendapati pintu terbuka sebelum ditetak di kepala oleh suspek sebelum lelaki itu cuba menerkam ibu pula yang melarikan diri ke dalam bilik.

"Dia tetak kepala ayah dengan parang dan ayah cuba mengambil kerusi untuk mempertahankan diri.

"Namun parang terbabit terkena pula pada tangan kanan ayah, menyebabkan ayah lemah sebelum Pak su bergegas masuk ke bilik untuk menyerang ibu pula," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut dia berlari keluar mengikut pintu dapur untuk meminta bantuan jiran manakala dua lagi adik perempuannya lari mengikut pintu depan.

Husna berkata, suspek yang takut mendengar jeritan mereka meminta tolong kemudian melarikan diri manakala ibu dan ayahnya dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh jiran sebelum dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Katanya, mereka sekeluarga tidak tahu motif suspek bertindak demikian memandangkan tiada sebarang pertelingkahan berlaku antara mereka sekeluarga sebelum kejadian terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Datuk Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan kejadiaan berkenaan.

Beliau berkata suspek berusia 43 tahun itu dipercayai penagih dadah dan ditangkap di rumahnya di Felda Sungai Tiang, pada 1.30 pagi tadi.

"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah," katanya.














Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Suami isteri cedera di tangan dan kepala akibat ditetak dengan parang panjang oleh saudara mereka. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top