Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

seorang menteri kabinet menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor



SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.

Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Asmadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.

Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.

Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Januari 2014. – BERNAMA

http://www.mynewshub.cc/terkini/bekas-pegawai-khas-menteri-didakwa-terima-suapan-rm80000/









Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA seorang menteri kabinet menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top