Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.”uqasha


Uqasha Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

BARU-BARU ini bertebaran cerita mendakwa pelakon kontroversi, Uqasha Senrose bercinta dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad.

Khabar angin itu tercetus gara-gara Uqasha sering berbalas komen di laman sosial dan sering meninggalkan komen berbaur cemburu terhadap Hefny apabila jejaka itu bergambar rapat dengan wanita lain.

Terbaharu, Uqasha mengakui Hefny adalah lelaki paling rapat didalam hidupnya buat masa ini, tetapi mereka belum lagi bercinta seperti yang diperkatakan.

“Kami belum sampai tahap bercinta. Kami masih dalam proses berkawan lagi. Saya juga tidak mahu orang cakap asyik mencari publisiti dengan bercinta pula.

“Saya percaya lebih baik kalau kenyataan keluar daripada pihak Hefny sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Uqasha turut memberitahu bahawa Hefny seorang lelaki yang baik dan mempunyai ciri-ciri seorang suami yang dicarinya.

“Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.”

Menerusi sebuah portal hiburan tempatan mendedahkan bahawa Uqasha telah memadam beberapa komen cemburu yang ditinggalkan di akaun sosial milik Hefny.

Sebelum ini, Uqasha dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang kerabat diraja Pahang dikenali sebagai Tengku Bakar.

Namun, sehingga hari ini Uqasha enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. – MYNEWSHUB.CC





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA “Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.”uqasha. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top