Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Selepas Thailad, Giliran Jepun pula tidak terima Matawang Malaysia - perkongsian yang dialami netizen ketika berada di Tokyo Jepun

SALAH seorang rakyat malaysia yang berada di Tokyo Jepun mendakwa, pengurup wang di negara matahari terbit itu enggan menerima mata wang Ringgit Malaysia, apabila mengeluarkan senarainya daripada paparan kadar tukarang matawang di premis.


Menurut Salman Rozi, menerusi laman facebook miliknya, ketika beliau mahu menukar wang di salah sebuah premis pengurup wang di Shinjuku, Tokyo, matawang Ringgit Malaysia, RM tiada dalam senarai papan kadar tukaran.

Apabila ditanya kepada kakitangan yang bertugas, dakwanya barulah beliau dapat mengesahkan bahawa premis tersebut memang tidak mahu terima matawang RM.

"Alkisahnya nak tukar duit tadi di Shinjuku Tokyo Ringgit Malaysia tidak tersenarai dan bila Abang tanya staff yang bertugas memang kompem mereka tak nak terima RM.


Ahh sudah masak la duit dah habis ni, mujur dalam dompet ada terselit duit Thai Baht, maklumlah dulu kerap ulang-alik ke Thailand, fuhh lega. Boleh je nak withdraw duit guna kad ATM, tapi saja la nak habiskan cash yang ada dulu.

Yang Abang pelik ni, adakah maruah Ringgit kita dibawah Thailand dan Philippines? Mereka tersenarai tapi kita? what a shame," tulisnya.

Beliau turut menyertakan gambar papan paparan kadar matawang yang berada di premis pengurup matawang tersebut.

Gambar yang tertulis tarikh 6 Februari 2017 (kelmarin) itu difahamkan memaparkan kadar tukaran matawang 12 negara berbanding yen Jepun iaitu, USD, EUR, CNY, AUD, KRW, GBP, CAD, 100TWD, HKD, 100THB, SGD dan PHP.



Namun matawang Ringgit Malaysia (MYR) yang sepatutnya turut diletakkan dalam senarai telah dikeluarkan.

Kejatuhan teruk nilai mata wang Ringgit Malaysia telah menjejaskan pelbagai pihak, sebelum ini rangkaian pasaraya seluruh negara Mydin telah mengumum kan bahawa pihaknya mengalami kerugian besar akibat penyusutan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika.

BACA — Pasaraya Mydin rugi 2016 akibat kejatuhan nilai ringgit

Sebelum itu pernah disiarkan juga tentang kisah peniaga di negara jiran Thailand yang menolak wang RM sedangkan berpuluh tahun sebelum ini mereka menerimanya.

sumber:milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas Thailad, Giliran Jepun pula tidak terima Matawang Malaysia - perkongsian yang dialami netizen ketika berada di Tokyo Jepun . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top