Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nampak macam kemurungan yang melampau.... Dia tertekan sebab dapat makan nasi sejuk, tak boleh tidur dan penat menyusu




sekadar gambar hiasan

Isu wanita meroyan masih menjadi perbualan akibat tercetusnya kes ibu yang mengelar anaknya sehingga mati yang dipercayai mengalami penyakit meroyan semasa dalam pantang.

Satu perkongsian dari seorang lelaki Rafie Ramli menceritakan pengalamannya iaitu bagaimana dia mengatasi dan menghadapi isterinya yang pernah meroyan.

Oleh: Rafie Ramli

Viral betul kes isteri meroyan. So saya rasa sesuai juga saya cerita pengalaman sendiri.

Saya pernah terkena juga isu meroyan ni, masa tu si isteri Felinna Nadea Ed Fattah baru melahirkan Rania di Raya Haji. Kebetulan ada kenduri kahwin adik saya.

Maka , semua orang sibuk dan isteri yang masih baru bersalin dan perut masih sakit kerana czer terperuk dalam bilik dan dikunjungi tetamu tanpa henti sehingga dia tak boleh rehat.

Tak boleh salahkan tetamu, nama pun kenduri kan, alang-alang tengok pengantin masuk tengok baby sekali.

Jadi hari kenduri yang sibuk. Saya terlupa yang isteri punya makanan berbeza dan tak sedia apa-apa untuk dia. Memang lupa sungguh hari itu. Dia tak mahu bercakap dan tak mahu bagitau kenapa. Dia terus menangis tak berhent
Tiba tiba isteri menangis petang itu.i. Nampak macam kemurungan yang melampau.

Saya tanya lagi dan baru dia luah apa yang dia rasa. Dia tertekan sebab dapat makan nasi sejuk, tak boleh tidur dan penat menyusu, kecil sangat halnya kan? Tapi emosi dia sangat tak stabil.

Saya bertuah, kakak-kakak ipar semua datang berikan moral support dan pujuk isteri. Dan terakhir sekali menggunakan kuasa mak saya pujuk dia baru isteri tenteram.

Setelah malam baru dia dapat makan makanan orang berpantang, tak silap masa itu baru 2 minggu berpantang.

Alhamdulillah. Dia cepat control emosi dan semua di sekelilingnya cepat bagi support sewajarnya. Jadi baru di stage awal meroyanlah.

Seikhlasnya, menghadapi isteri mengandung ini sangat mencabar dan apabila bersalin nanti lagi mencabar. Selepas itu tahun menyusu pula. Allah, sebagai suami saya hanya mampu bertahan saja.

Tetapi saya terfikir. Dari semasa kahwin sampai sekarang sudah 6 tahun isteri saya tak berhenti mengandung, melahirkan dan menyusu. Tak ada satu tahun pun dia skip semua itu demi menjaga amanah Allah yang dikurniakan.

Betapa bodohnya saya jika menyakitkan hatinya. Saya cuma perlu bersabar. Anak apabila besar nanti insha Allah semua baik-baik sahaja. Saya pun dah penat, anak pula nanti yang jaga kita.

Ketika isteri mengandung, Allah tidak menguji si isteri yang sedang mengandung, tetapi paling banyak Dia akan uji si suami sebab itulah suami menjadi ketua rumah tangga.

Apabila menjadi ketua, bukan hanya tahu mengarah. Kena tahu bekerja juga. Kerja untuk anak isteri. Jaga makan, jaga hati dan jaga jiwa. Rezeki kita iti ada pada mereka.

Tak berguna kita jika duit banyak tapi anak isteri kita abaikan, kita tak jaga mereka, tak besarkan mereka. Kononnya kita bekerja keras untuk mereka.
Tak guna kita kerja siang malam kalau hidup kita hanya untuk harta semata-mata, ramai sungguh yang kerja untuk anak isteri tapi anak isteri terabai.

Nasihat saya sebagai suami. Suami yang nampak pengorbanan isteri dan suami yang nampak isteri berubah sikap yang positif bila kita jaga mereka elok.
Fahamkan tugas kita sebagai suami, sama macam kita faham tugas kita mencari rezeki. Bersungguh betul kita.

Tapi part jaga anak isteri semua nak lepas tangan, penat katanya. Tak ada hidup yang mudah. Yang ada cuma bagaimana kita fikir untuk memudahkannya.

Sayang isteri, sayang anak bukan tinggal tinggalkan sahaja. Tapi jaga-jaga kan. Sekian, celoteh konon sudah 60 tahun kawin padahal baru saja nak masuk tahun ke 6.
- Koleksi Viral










https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Nampak macam kemurungan yang melampau.... Dia tertekan sebab dapat makan nasi sejuk, tak boleh tidur dan penat menyusu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top