Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

2 tahun dipenjara selepas si isteri MENGAKU bersalah membunuh suaminya- DAHSYAT UNDANG - UNDANG MALAYSIAKU

Kota Bharu: Seorang pemilik kedai perabot dipenjara dua tahun di Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian suaminya, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Nisalma Saat, 40, selepas berp
uas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan dikenakan jaminan RM30,000 seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Nisalma didakwa menyebabkan kematian Mohd Zamany Md Eusope, 41, di dalam kedai perabot di Kampung Chica , Jalan Hospital Kubang Kerian, Kubang Kerian di sini pada jam 9.45 malam , 3 September 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Harian Metro






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA 2 tahun dipenjara selepas si isteri MENGAKU bersalah membunuh suaminya- DAHSYAT UNDANG - UNDANG MALAYSIAKU. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top