Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum membunuh diri di tingkat 16




Lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum membunuh diri di tingkat 16, Menara Centara, Jalan Chow Kit di sini, kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.15 petang.

Update kes tembak menembak di Menara Centara, lelaki tembak mati bekas isteri sebelum tembak diri sendiri

Update kes tembak menembak di Menara Centara, lelaki tembak mati bekas isteri sebelum tembak diri sendiri

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya, 46, di tingkat 16 menara berkenaan membawa pistol dan parang pada 2.58 petang.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek melepaskan empat das tembakan. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum lelaki itu menembak diri sendiri di kepala,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa sudah bercerai lima tahun lalu dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup sebelum ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber: Metro
http://thetrendingnow.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum membunuh diri di tingkat 16. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top