Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Chatime Malaysia Guna Bahan Tidak Diluluskan, Kata Pemilik Dari Taiwan





Chatime Malaysia guna bahan tidak diluluskan, kata pemilik francais dari Taiwan
Rangkaian jenama Chatime begitu popular di Asia Tenggara termasuk Malaysia yang memiliki 165 cawangan. - 


KUALA LUMPUR: Syarikat pemilik francais Taiwan, La Kaffa, yang popular dengan rangkaian jualan minuman teh, Chatime, mendedahkan sebab ia membatalkan perjanjian dengan syarikat Malaysia Loob Holding, yang membawa jenama itu ke negara ini.

Menurut La Kaffa, seperti yang dilapor dalam portal berita Channel News Asia pada Khamis, Loob Holding ‘menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan’.

Menurut mereka, tindakan itu adalah ‘kesalahan serius berdasarkan perjanjian’ yang ‘boleh dan mungkin menjejaskan imej jenama, dan menyebabkan kerugian besar kepada pemegang francais’.

Difahamkan, Loob juga tidak melunaskan yuran royalti dalam waktu yang ditetapkan.

“Sejumlah wang masih belum dilunaskan kepada La Kaffa dalam satu tempoh, dengan sebahagian daripadanya tertangguh lebih setahun,” kata La Kaffa.

Malaysia merupakan pasaran Chatime terbesar di luar Taiwan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, di bawah syarikatnya, rangkaian kedai di Malaysia membentuk 50 peratus daripada keuntungan global Chatime.

Portal tersebut yang menghubungi Loob sebelum ini diberitahu syarikat itu menyifatkan keputusan penarikan lesen francais itu satu tindakan terburu-buru dan satu laporan polis telah dibuat berikutan pembatalan perjanjian yang tidak mengikut undang-undang.

Loob juga berkat akan memperkenalkan jenama baharu yang akan menggantikan Chatime di semua 165 cawangannya di Malaysia.

La Kaffa juga telah melaksanakan tindakan undang-undang, yang antara lain mendakwa Loob tidak memberi kerjasama.
“Kami akan melantik firma undang-undang untuk menguruskan hal ini kerana Loob Holding mengambil keputusan untuk tidak memberi maklum balas kepada permintaan kami untuk berunding,” kata La Kaffa.

Tambah syarikat itu, konsumer Malaysia boleh terus menikmati minuman Chatime sementara La Kaffa mencari rakan kerjasama baharu.
http://mediahub-m.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500






Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Chatime Malaysia Guna Bahan Tidak Diluluskan, Kata Pemilik Dari Taiwan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top