Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Buat Mama Yang Rasa Membedung Bayi Tidak Penting. Baca Ini!!! Sebab Yang Terakhir Agak Menakutkan




Membedung bayi bererti "membungkus" menggunakan kain bedung.  Bedung dapat memberikan rasa hangat seperti di dalam rahim ibu. Ia juga memberikan rasa tenang ketika bayi mendapat rangsangan yang berlebihan dari luar. Namun ibu-ibu moden sekarang agak kurang gemar menggunakan kaedah membedung ini. Mungkin kerana anak-anak kini agak aktif dan susah untuk dibedung.  Namun perlu diingatkan penting untuk anda membendung bayi yang berumur 2 bulan ke bawah. Berikut adalah antara sebabnya. 


1.    Mencegah bayi menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan, bedung sangat membantu.


2.    Masalah kerap terkejut yang sering terjadi secara refleks terutama pada bulan pertama setelah kelahiran dapat dielakkan apabila bayi dibedung.


3.    Penelitian di Jerman menunjukkan bahawa membedung bayi secara betul dapat membuatkan bayi tidur lebih lena.


4.     Bedung membantu bayi tidur secara terlentang dan mengelakkannya berada dalam posisi meniarap.


5.    Membedung dengan cara yang betul akan membantu mengawal suhu tubuhnya iaitu  memberikan kehangatan pada tubuhnya.


6.    Membantu anda menenangkan bayi baru lahir yang meragam kerana belum biasa dengan suara-suara yang tidak pernah didengarnya.


7.    Mengelakkan bayi daripada menggawangkan tangannya ke atas.


8.    Membantu proses penyusuan susu ibu agar lebih mudah dan selesa apabila pergerakan bayi terhad akibat dibedung.


9.    Mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut ketika tidur kerana terkejut dan tersentak.


http://www.majalahpama.my/buat-mama-yang-rasa-membedung-bayi-tidak-penting-baca-ini-sebab-yang-terakhir-agak-menakutkan-1.614706









Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Buat Mama Yang Rasa Membedung Bayi Tidak Penting. Baca Ini!!! Sebab Yang Terakhir Agak Menakutkan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top