Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

6 Bulan Kau Pergi-12.8.2016...6 bulan jugalah jiwa saya kosong tanpa dia.. tiada lagi "bantal peluk" jadi peneman lena

12.8.2016, tarikh kesayangan saya dijemput Ilahi. Hari ni genap 6 bulan dia pergi. 6 bulan yang yang beri banyak makna. 

6 bulan tempoh arwah mengidap Adenocarcinoma bermula bulan 3 hingga arwah tutup mata bulan 8. Bermula diagnos pertama di KPJ Rawang, pembedahan otak di KPJ Damansara hingga menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

6 bulan juga tempoh saya bercuti paling panjang dalam sejarah kerjaya saya selama 18 tahun dengan kerajaan. Cuti menjaga arwah dan segala urusan berkaitan keluarga kecil saya.

6 bulan jugalah jiwa saya kosong tanpa dia. Tiada tempat mengadu dan berkongsi cerita suka dua. Tiada lagi teman ngeteh yang sedia diajak bila-bila masa, tiada lagi Chef yang berjaya pikat selera tekak saya, tiada lagi rakan bincang tiap kali ada isu negara dan keluarga, tiada lagi "bantal peluk" jadi peneman lena, tiada lagi.....

6 bulan jugalah Nabil, Nabila dan Nadia kehilangan insan yang mereka panggil Mama. Sekarang yang dipanggil hanya Abah. Nak makan panggil Abah, nak mandi panggil Abah, nak minum panggil Abah, nak tido pun dengan Abah, nak semuanya panggil Abah.

6 bulan jugalah tempoh saya jadi Superman / Supermom. Kena uruskan semuanya sendiri. Kekadang lelah dan capek. Tapi hidup kena diteruskan. Bukan untuk saya, tapi untuk 3 permata Nilam saya, Nabil, Nabila dan Nadia.


Semoga 6 bulan mendatang, 6 tahun mendatang, 6 dekad mendatang menjanjikan segala keindahan dan kebaikan. Amin.
*Alfatihah buat kesayangan saya Noraiza Che Husin*

 Zubayry Abady



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA 6 Bulan Kau Pergi-12.8.2016...6 bulan jugalah jiwa saya kosong tanpa dia.. tiada lagi "bantal peluk" jadi peneman lena. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top