Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kementerian Kesihatan Dedahkan Kelahiran Anak Luar Nikah 13,831 Sepanjang Tahun 2015, Remaja Berusia 10 tahun Paling Awal Lahirkan Anak Luar Nikah

PUTRAJAYA , Sabtu – Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Berdasarkan statustik itu, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.

Mengikut rekod, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Rose Lena Lazemi berkata hasil laporan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan turut melaporkan 18,000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dalam setahun bermula dari 2011 hingga 2013.

“Sebanyak 25 peratus daripada jumlah itu merupakan yang tidak berkahwin dan secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara,” katanya dipetik Utusan.

Mengulas lanjut beliau berkata, perkara ini mungkin terjadi disebabkan kurangnya kesedaran mengenai pengetahuan seks.

Apatalah lagi sebelum ini dalam kes rogol Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun.

“Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah merupakan punca utama kes tersebut berlaku,” katanya.

Susulan itu Rose Lena berkata, LPPKN akan memperkenalkan Modul Pendi­dikan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki pada Oktober ini sebagai usaha menangani masalah salah laku seks dalam kalangan remaja.

Jelasnya, modul itu merangkumi isu seks sebelum kahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin serta ia mula dirintis di lima negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kementerian Kesihatan Dedahkan Kelahiran Anak Luar Nikah 13,831 Sepanjang Tahun 2015, Remaja Berusia 10 tahun Paling Awal Lahirkan Anak Luar Nikah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top