Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gambar-gambar Mercedes milik Raja Gelek M Daud Kilau rempuh tiang elektrik

BAGAN DATOH: Kereta Mercedez Benz milik penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau yang dipandu anaknya mengalami kerosakan akibat bergesel dengan sebuah motosikal sebelum terbabas merempuh tiang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kilometer 4, Jalan Bagan Datoh - Sungai Tiang, semalam

Dalam kejadian jam 7.59 malam itu, penunggang motosikal, Amir Hamzah Shaari, 46, cedera ringan manakala anak kedua M Daud Kilau, Ahmad Zaini Mohd Daud, 45, yang memandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan



[​IMG]

Kejadian membabitkan kenderaan milik Raja Gelek menjadi viral di laman Facebook yang menyatakan M Daud Kilau terbabit dalam kemalangan berkenaan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, Ahmad Zaini yang memandu kereta berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bagan Datoh menghala ke Kampung Sungai Balai

[​IMG]

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Ahmad Zaini bergesel dengan sebuah motosikal mengakibatkan kereta berkenaan gagal dikawal terbabas ke kanan jalan

"Kereta itu kemudiannya merempuh tiang elektrik TNB sehingga tiang itu patah.


[​IMG]

"Hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian terhadap pemandu kereta berkenaan," katanya di sini hari ini

Wan Hassan berkata, susulan daripada kejadian itu, polis mengeluarkan saman terhadap pemandu terbabit. -






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Gambar-gambar Mercedes milik Raja Gelek M Daud Kilau rempuh tiang elektrik . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top