Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Aksi Tidak Bermoral Dalam Drama Abang Bomba I Love You Bukan Saya - Amira

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia pada 2013 (AF 2013), Amira Othman menafikan dakwaan didukung sewaktu menjayakan satu babak dalam drama terbaharunya Abang Bomba I Love You.

Menurut Amira kepada laman mStar Online, babak itu sebenarnya dilakukan oleh pelakon tambahan.

Tambah pelakon berusia 23 tahun ini, dia masih menjaga batas-batas dalam lakonannya sebagai seorang wanita yang bertudung.

“Ramai bertanya tentang babak dukung itu, wanita yang kena dukung itu bukan saya tetapi orang lain, jangan risau kerana saya akan jaga batas-batas dalam lakonan.

Itu Bukan Saya Tetapi Orang Lain - Amira Othman

“Insya-Allah, saya bawa imej wanita bertudung dan saya tahu sejauh mana batas-batas yang perlu dijaga,” katanya.

Menerusi drama bersiri itu, Amira memegang watak utama bergandingan dengan aktor kacak Hisyam Hamid. Difahamkan ia adalah drama sulung penyanyi ini.

“Saya bimbang juga ketika diberi watak utama kerana saya tidak pernah berlakon sebelum ini, namun saya berterima kasih kerana memberi peluang kepada pendatang baru seperti saya,” jelasnya.

Perkembangan terbaharu Amira, dia bakal muncul dengan single baharu yang berjudul Jaga-Jaga yang mana menjadi lagu tema untuk drama lakonannya itu. – MYNEWSHUB.CC















https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Aksi Tidak Bermoral Dalam Drama Abang Bomba I Love You Bukan Saya - Amira . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top