Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

REALITI (KHUNSA) “Lelaki” yang memiliki rahim walaupun tidak normal berupaya mengandung dan melahirkan bayi.





“Lelaki” yang memiliki rahim walaupun tidak normal berupaya mengandung dan melahirkan bayi.

Keadaan perubatan ini dikenali sebagai ‘Swyer Syndrome’ di mana golongan khunsa yang memiliki kromosom XY, tetapi kerana mutasi pada profil kromosom Y, keadaan fizikal mereka menjadi seperti perempuan, mempunyai rahim yang kurang normal dan ovari yang tidak berfungsi.

Pakar sakit puan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amilia Afzan Mohd Jamil, berkata walaupun jarang berlaku, golongan ini mampu hamil kerana memiliki rahim.

“Golongan ini biasanya perlu menjalani rawatan pakar endokrin dan pakar sakit puan, dan rawatan kesuburan untuk membolehkan mereka mengandung.

“Dalam kes ini, doktor akan melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) dengan sperma dan ovum daripada wanita lain dimasukkan ke dalam rahim mereka.

“Sekiranya proses itu berjaya, pesakit memerlukan rawatan intensif untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat dan janin dapat membesar dalam rahimnya sehingga matang atau cukup bulan,” katanya kepada BH Plus.

Difahamkan, hanya ada empat atau lima kes dilaporkan di seluruh dunia keadaan ‘lelaki’ boleh mengandung dan melahirkan bayi.

Akhir bulan lalu, seorang ‘wanita’ yang mempunyai kromosom lelaki telah melahirkan sepasang kembar di New Delhi, India, yang disifatkan pakar perubatan sebagai ‘paling jarang antara yang jarang’.

Khunsa berusia 32 tahun itu yang mempunyai fizikal wanita tetapi 95 peratus kromosom lelaki (XY) melahirkan kembar selepas rawatan hormon dan perubatan rapi selama 12 bulan.

Doktor pakar yang merawatnya menyifatkan kes itu sebagai ‘lelaki’ melahirkan pasangan kembar dan keajaiban dalam dunia perubatan.

Malah, lebih ajaib ‘wanita’ itu juga tidak pernah datang haid.


http://eberita.org/pelik-tapi-benar-khunsa-lelaki-boleh-mengandung/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA REALITI (KHUNSA) “Lelaki” yang memiliki rahim walaupun tidak normal berupaya mengandung dan melahirkan bayi.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top