Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

punca utama dua beradik keluar dari rumah ketika ibubapa nya tiada


Bukan ditinggalkan bapa, tetapi...   

KULAI  - Kes dua beradik yang dijumpai orang ramai kononnya ditinggalkan bapa kandung Taman Senai Jaya, dekat sini, seperti tular dimedia sosial selesai dan kedua-duanya telah diserahkan semula kepada ibu bapa mereka kira-kira jam 2.00 petang, semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai, Mohd Iskandar Abu Bakar, dua beradik berkenaan masing-masing 6 tahun dan 6 bulan itu keluar dari rumah ketika bapanya keluar untuk menghantar ibu mereka ke tempat kerja di kawasan berhampiran.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan terbabit mendukung adiknya selain membawa botol susu dan sehelai tuala bayi ditemui ditepi jalan kira-kira 1 kilometer daripada kediaman mereka oleh orang ramai kira-kira jam 10.00 pagi kelmarin sebelum dibawa ke Balai Polis Senai.

"Berdasarkan tular di media sosial yang mendakwa dua beradik berkenaan ditinggalkan bapa kandung mereka di kawasan itu adalah tidak benar.

"Sebaliknya bapa kanak-kanak itu keluar sebentar untuk menghantar ibu mereka ke tempat kerja di kawasan berhampiran. Ketika itu bapa saudara mereka turut berada dirumah namun tidak menyedari dua beradik itu keluar melalui pintu belakang.

"Berdasarkan sisatan yang kami jalankan, kanak-kanak perempuan itu mengakui keluar untuk membawa adiknya bersiar-siar tanpa memaklumkan kepada bapa saudaranya yang berada di tingkat atas rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, sejurus selesai siasatan dijalankan pasangan adik beradik itu diserahkan kepada ibu bapa mereka masing-masing berumur 29 dan 23 tahun.

Mohd Iskandar berkata, JKM juga memberi nasihat dan penerangan kepapa ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit selain tindakan yang bakal diambil mengikut Akta Kanak-Kanak 2011 sekiranya kejadian sama berulang.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/bukan-ditinggalkan-bapa-tetapi-1.621170




















https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA punca utama dua beradik keluar dari rumah ketika ibubapa nya tiada. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top