Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Melakukan onani dan menyimpan sperma dalam bekas kecil sebelum menyimbahnya kepada wanita.



Kuala Lumpur: Melakukan onani dan menyimpan sperma dalam bekas kecil sebelum menyimbahnya kepada wanita.

Itu tindakan pelik lelaki di pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, Isnin lalu sebelum ditahan.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an terkejut apabila mendapati sperma melekat pada bajunya.

Video berdurasi 15 saat kejadian itu turut tular di laman sosial yang mana pada mulanya mangsa memilih barang di premis berkenaan sambil memegang troli.

Seorang lelaki berada di belakang mangsa pada mulanya kelihatan cuba memerhati keadaan sekeliling sambil di tangannya memegang botol kecil berisi cecair putih.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendekati wanita terbabit sebelum menyimbah sperma di bahagian belakang wanita itu menyebabkan mangsa terkejut.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari kejadian bertindak menahan suspek, malah rakaman yang tular terbabit dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pasar raya berkenaan.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya sudah menahan lelaki itu dan menyiasat kejadian mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama. Siasatan mendapati cecair berkenaan disahkan sperma dan dipercayai lelaki itu melakukan onani sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang dipegangnya dalam kejadian.



http://www.hmetro.com.my/node/204399



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Melakukan onani dan menyimpan sperma dalam bekas kecil sebelum menyimbahnya kepada wanita.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top