Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Malang nasib seorang gadis apabila impian untuk mendirikan rumah tangga hancur bila bakal suami menghilangkan diri



 PENDANG, KEDAH - Malang nasib seorang gadis apabila impian untuk mendirikan rumah tangga hancur bila bakal suami menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka, Sabtu lalu, lapor Harian Metro.

Ifa, 23, terpaksa menanggung kerugian RM12,000 selain menanggung malu akibat tindakan tunangnya itu.
Menurut Ifa yang bekerja sebagai jurujual di Jitra, dia mengenali tunangnya, Irwan, 32, bekerja sebagai penjual ikan di pasar malam pada 2012 sebelum mengikat tali pertunangan pada 27 Jun 2015.

"Selepas berkawan dan bercinta, kami mengikat tali pertunangan sebelum dijangka bernikah Sabtu lalu. Namun dia menghilangkan diri sehingga sekarang.

"Kali terakhir saya menghubunginya jam 2 petang (hari kejadian) apabila Irwan memaklumkan dia ingin keluar mencari samping menyebabkan saya tidak mengesyaki apa-apa dan selepas Asar ke Masjid Alor Besar untuk majlis pernikahan," katanya.

Persiapan juadah makanan untuk tetamu berupa nasi dan lauk daging kicap juga sudah dihidang, malah tok kadi juga menunggu kedatangan lelaki itu.

Malangnya, Irwan langsung tidak datang. Malah cubaan Ifa menghubungi lelaki itu juga gagal bila panggilannya langsung tidak dijawab, menyebabkan dia buntu.

http://www.thereporter.my/2017/02/tanggung-malu-rugi-rm12k-bakal-suami.html




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Malang nasib seorang gadis apabila impian untuk mendirikan rumah tangga hancur bila bakal suami menghilangkan diri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top