Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki ragut pasangan Arab tertinggal dokumen diri


LANGKAWI: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai meragut beg silang sepasang pelancong Arab yang sedang bermotosikal di Jalan Bukit Malut di sini hari ini.

Suspek yang identitinya sudah dikenal pasti berdasarkan dokumen peribadi yang tercicir, dipercayai masih berada di pulau itu selepas meragut pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an itu pada jam 4.30 petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan, Dr Che Ghazali Che Awang, berkata dalam kejadian itu suspek dilapor meragut beg silang milik seorang wanita Arab, sebelum terus melarikan diri menggunakan motosikal.

"Suami mangsa sempat mengejar suspek dan berlaku pergelutan, namun peragut itu melarikan diri dengan meninggalkan motosikal bersama satu beg kecil yang mengandungi dokumen peribadi miliknya, " katanya. 

Che Ghazali berkata, akibat pergelutan itu, suami mangsa cedera ringan pada tangan, manakala beberapa dokumen termasuk pasport milik pasangan itu hilang.
"Mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi di sini, petang tadi dan polis juga selesai merakam kenyataan pengadu dan beberapa saksi," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata.
▶Berita Harian






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki ragut pasangan Arab tertinggal dokumen diri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top