Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ustazah UMNO keluarkan fatwa BR1M adalah zakat

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu bentuk bantuan sosial yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti. Ia bermula pada tahun 2012 dan diuruskan oleh pelbagai agensi yang dipantau oleh kerajaan. 


Selain dianggap sebagai usaha kebajikan sosial, BR1M juga dilihat sebagai senjata politik Barisan Nasional dalam pilihan raya 2013 yang lalu. Kejayaan BR1M ialah mengekalkan kuasa politik Barisan Nasional di Putrajaya dan melumpuhkan kemaraan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak.

Konsep BR1M


BR1M adalah inisiatif di bawah jaminan sosial iaitu satu bentuk dasar sosial untuk mengatasi kemiskinan dan ketempangan sosial dalam masyarakat. Jaminan sosial dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti sokongan pendapatan dan dasar cukai serta pemeliharaan pendapatan (taxation and income maintenance policy). Namun jaminan sosial ini selalunya meliputi pelbagai aspek perkhidmatan sosial seperti rawatan kesihatan dan pendidikan. Terdapat dua jenis jaminan sosial iaitu berbentuk sokongan pendapatan (in-cash) dan sokongan barangan atau sokongan sosial (in-kind).

Maksud jaminan sosial ialah usaha membebaskan masyarakat daripada kesusahan. Secara khusus, jaminan sosial didefinisikan sebagai sistem pemberian wang dan/atau perkhidmatan sosial untuk melindungi seseorang daripada risiko tidak memiliki atau kehilangan pendapatan disebabkan kemalangan, kecacatan, sakit, menganggur, usia tua dan kematian.

BR1M merupakan satu bentuk jaminan sosial adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan keadilan sosial melalui mekanisme pemindahan pendapatan atau agihan semula pendapatan (income transfer or redistributive income). Ia dilaksanakan dibawah kelolaan agensi khusus seperti kementerian atau jabatan.


Pemberian BR1M 2017 


Keputusan atau status BRIM 2017 boleh dibuat online pada bulan januari 2017 setelah permohonan / kemaskini dibuat dalam bulan Disember 2016. Sekiranya permohonan tidak dilulusan, rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan, procedure sama seperti tahun-tahun yang lalu, anda perlu berkunjung ke cawangan lhdn berhampiran dengan membawa dokumen sokong.
Dokumen sokong termasuk sijil lahir, slip gaji, sijil perkhawinan dan satu salinan kad pengenalan. Keputusan rayuan brim boleh diketahui pada pengedaran kedua iaitu sekitar bulan April.

Berikut merupakan maksud keputusan semakan status brim anda :
  1. Diterima  :  Permohonan telah diterima tapi tidak bermaksud permohonan berjaya, sesiapa yang menghantar permohonan mereka pasti akan terima mesej ini.
  2. Dalam Proses  :   Permohonan anda mulai diproses pegawai dalam pengesahkan kelayakan.
  3. Ditangguhkan :  Mesej ini menunjukkan ketidaklengkapan dokumen atau maklumat diberi, sila buat kemaskini secepat mungkin, memastikan maklumat yang mencukupi dibekal.
  4. Lulus :  Permohonan telah diluluskan. Bermaksud anda bakal menerima bayaran pertama pada hujung bulan Januari kelak.
  5. Tidak Lulus :  Permohonan gagal atau ditolak. Kunjungi lhdn untuk membuat rayuan.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : surat makluman lulus tidak berjaya dikirim dan pemohon perlu membuat penunaian di BSN.
Website untuk semakan status brim dijangka akan mengalami kunjungan yang ramai pada hujung tahun 2016, sila buat semakan pada masa yang sesuai.

Kenyataan BR1M adalah zakat

seperti kita sedia maklum ada dikalangan kita terlalu sayangkan Najib hingga berani mengatakan bahawa BR1M adalah zakat. Sepatutnya perkara begini tidak berlaku ikuti printscreen dibawah 





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ustazah UMNO keluarkan fatwa BR1M adalah zakat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top