Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Wanita bawa bayi berusia 9 bulan mengemis

 PORT DICKSON - Seorang wanita berusia 32 tahun bersama bayi perempuannya berusia sembilan bulan yang sedang mengemis ditahan dan diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Port Dickson dalam satu operasi bersepadu sebentar tadi.


Dalam operasi berkenaan, turut ditahan seorang warga emas berusia sekitar 67 tahun.

Kesemua mereka ditemui JKM di pasar malam Batu 4 Port Dickson.

Ketua Operasi, Nurul Asyikin Hamdan berkata, kesemua mereka didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri.

"Berdasarkan pertuturan dikenal pasti mereka adalah pendatang asing dan selepas diambil keterangan serta siasatan oleh JKM, kemudian mereka diserahkan kepada Imigresen (Jabatan Imigresen) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian.

Wanita 32 tahun memangku bayi perempuannya sambil mengemis. - Foto Sinar Harian
Wanita 32 tahun memangku bayi perempuannya sambil mengemis. - Foto Sinar Harian

Nurul Asyikin berkata, operasi ini dilaksanakan secara berkala untuk memastikan kegiatan mengemis dan kutu rayau tidak berlaku didaerah ini.

Operasi bersepadu ini turut disertai oleh polis, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Hospital Port Dickson, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Agama.-sinar harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Wanita bawa bayi berusia 9 bulan mengemis . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top