Sedih amat simpati bila baca hari ini ramai wanita stress dengan perangai suami masing-masing sampai ada yang ditimpa kemurungan yang berat. Terpaksa mendapat rawatan pakar psikatari. Ada yang ditimpa pelbagai penyakit. Saya kira lebih 100 orang wanita yang email menceritakan pada saya mereka ditimpa kemurungan begini sehingga masuk wad dengan sebab pelbagai penyakit. Ya Allah maafkanlah semua lelaki hari ni yang tinggalkan dakwah sehingga tak bawa isteri dekat pada Allah...ada di kalangan wanita bekerja dan juga wanita surirumah...ya Allah bantu mereka dan sembuhkan mereka.
Punca utamanya isteri ini tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila ketua keluarga terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil.
Isteri buat pahala tak berhenti...
Dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami...suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga...Allah beri pahala sedekah buat wanita..mereka cuba bantu suami. Ringankan beban suami kerana Allah.
Isteri mandikan dan uruskan anak-anak seorang diri..
Isteri uruskan pendaftaran sekolah anak-anak dan ajar anak-anak.
Isteri kemas rumah dan layan anak-anak..
Isteri cantik-cantik sexy nak tungu suami belai dan layan suami..
Isteri bawa anak ke klinik hospital
Isteri sakit pening tetap takde mc terus jaga anak dan uruskan rumahtangga. Urus semuanya tanpa cuti. Kalau robot boleh meletup. Kalau kapal terbang boleh terhempas. Ini manusia bernama wanita. Tak sempat makan, tak sempat tidur betul. Tak sempat buang air besar sempurna pun. Melayan kerenah anak dan suami.
Isteri baik dan hidupnya cuma Islam, suami dan anak-anak. Keluarga mereka jauh dan mereka tiada tempat nak luahkan. Ya Allah..
Dia buat semua sedangkan dia ada suami..
Suami sibuk tengok hp 24 jam...
Suami sibuk nak keluar malam-malam terlalu kerap macam orang bujang sedangkan anak-anak kecil. Balik 2 pagi. Balik 3 pagi..setiap hari
Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri dalam bilik pening sakit. Penat jaga anak yang menangis dan bergaduh..
Suami sibuk nak bersukan siang malam lepas waktu kerja.
Suami bila sakit nak isteri khidmat dan layan dia macam raja.
Suami bila penat berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari..
Suami bila kena tegur mengamuk, marah dan melenting.
Bukanlah kena jadi malaikat tetapi laluilah hidup ini dengan cinta dan perasaan....melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Berkhidmat dan bersama dengan cinta.
Ubatnya begini.
Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayu kasih sayang dan rahmat Allah..
Sebenarnya jadi begini sebab hilang rahmat Allah..
Jaga solat awal waktu. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud sama-sama..
Suami balik isya dari masjid terus balik rumah buat amalan Ta'lim dengan keluarga..
Suami kena tolong dan ringan tulang. Berebut-rebut tolong isteri di rumah..
Makan bersama isteri dan anak-anak dalam dulang. Kasih sayang.
Rajin ucap terima kaseh sayang dan pujian buat pasangan.
Jika kita boleh layan orang luar baik-baik. Ini pula isteri kita. Tidur bersama peluk isteri. Belai dan dengar mereka bercerita..bercinta setiap hari sampai mati.
Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik.
Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah. Jika ada ruang dan kesempatan 3 bulan sekali mesti bercuti 3hari bersama isteri tanpa anak-anak. Dalam setahun mesti cuti 10 hari bersama isteri. 3 tahun sekali cuti sebulan ke dua bulan bawa isteri merantau jauh-jauh.. Baru bercinta macam giler. Bercinta sampai syurga. Belajar Islam. Dekat diri pada Allah-ebit lew
Sumber; Facebook
http://ediamedia.blogspot.my/2016/05/jika-kita-boleh-layan-orang-luar-baik.html
Labels:
perkahwinan
TERIMA KASIH SUDI BACA Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik. . TOLONG SHARE...!