Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

wanita warga Myanmar ditemui maut dengan lima kesan tikaman di dada



Gadis Maut Bersimbah Darah|Seorang wanita  ditemui maut dengan lima kesan tikaman di dada, dalam bilik sewanya di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengusaha restoran yang juga majikan teman lelaki mangsa yang merupakan warga Myanmar, pada 8.45 malam.

“Pengusaha restoran berkenaan dimaklumkan pekerjanya mengenai penemuan mayat wanita berusia 26 tahun itu di bilik sewanya yang terletak di tingkat satu rumah kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati terdapat lima kesan tikaman di dada, selain kesan tetakan pada pergelangan lengan kanan mangsa. Polis turut menemui senjata di bawah katil berhampiran mayat mangsa ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata, polis menahan teman lelaki mangsa yang juga warga Myanmar, seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki Vietnam berusia antara 25 hingga 28 tahun.

“Lelaki Indonesia dan Vietnma itu adalah jiran mangsa yang tinggal di bilik sewa tingkat satu dan dua rumah kedai berkenaan.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA wanita warga Myanmar ditemui maut dengan lima kesan tikaman di dada. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top