Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib "Jual" negara kepada China inilah perkara menakutkan bakal berlaku kepada Malaysia serta anak cucu kita nanti

SATU perkara yang kita kena akui adalah sejak zaman dulu kala lagi bumi kita ini jadi tumpuan orang dari berbagai-bagai benua dan wilayah.

Sesetengah daripada mereka datang untuk berdagang dan mencari kerja manakala sebahagian untuk bermastautin.

Selepas merdeka pun hal ini berlaku. Sesetengah pendatang pilih untuk menetap dan akhirnya jadi warganegara.



Tapi bilangan yang menetap dan jadi warganegara tidaklah ramai atau mendadak kecuali waktu Merdeka pada tahun 1957 apabila sejuta penduduk daripada keturunan pendatang dibagi kewarganegaraan.

Tapi apa yang sedang terjadi sekarang adalah luar biasa dan tentulah timbulkan tanda tanya dan rasa bimbang dalam kalangan orang kita yang bermaklumat. Yang tak tahu, mereka tak pedulilah.

Misalnya projek hartanah raksasa di tempat-tempat macam Johor Bahru, Lembah Klang dan Pulau Pinang yang mungkin menarik beratus ribu pendatang asing.

Mula-mula mereka datang sebagai pekerja dan lepas itu bila projek-projek ini siap mereka datang pula untuk beli rumah, ruang pejabat dan kedai. Kemudian mereka akan menetap untuk berniaga dan bekerja.

Kita telah dengar macam mana 60 projek hartanah yang boleh tampung sampai 1.5 juta penghuni sedang dibangunkan di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.

Dalam satu projek saja yang dikenali sebagai Forest City, kemudahan sedang dibina untuk 700,000 penghuni. Projek ini adalah usaha sama yang diketuai oleh sebuah syarikat dari negara China bernama Garden City.

Tidak hairanlah kalau sebahagian besar pelanggan yang telah tempah kediaman di projek ini adalah dari negara China. Laporan agensi berita ekonomi Bloomberg pada 22 November 2016 kata, sebanyak 8,000 unit rumah sudah dijual kepada pembeli yang ramainya dari negara China sejak projek ini mula dibina pada Februari 2016.

Yang buat kita jadi lebih bimbang adalah percubaan pihak tertentu untuk sembunyi maklumat daripada kita sampai ada orang tuduh mereka cuba bohong.

Misalnya ada pegawai tinggi kerajaan dakwa status pemilikan harta dalam projek ini adalah pajakan 99 tahun. Inilah fakta yang dihebahkan oleh media massa arus perdana. Tapi yang sebenarnya taraf pemilikan dalam projek tersebut adalah hak milik tetap.

Jadi tak hairanlah kalau ada orang kita yang curiga dengan syarat pemilikan dan matlamat projek tersebut.

Mereka bimbang projek-projek ini akhirnya akan bawa masuk orang luar dan sebahagian daripada mereka akan tinggal untuk satu tempoh yang lama sehingga mereka layak mohon jadi warganegara.

Banyak orang kita tak tahu iaitu taklah susah sangat nak mohon dan dapat kewarganegaraan, lagi-lagilah bagi pendatang perempuan yang berkahwin dengan lelaki warganegara.

Yang ikut syarat biasa pun, lepas menetap di Malaysia selama 12 tahun mereka sudah layak mohon jadi warganegara. Lagi mudah kalau pemohon ada hartanah atau perniagaan di Malaysia.

Kita tak sekali-kali tolak atau anti-pelaburan terus asing (FDI). Itulah asas perindustrian dan kemajuan ekonomi kita di mana orang asing bawa masuk modal dan labur dalam projek perindustrian untuk hasilkan barang-barang bagi pasaran eksport dan tempatan.

Tapi apa yang kita tengok sedang terjadi sekarang bukanlah pelaburan FDI untuk tujuan pengilangan atau perniagaan tapi untuk beli hartanah. Pelaburan hartanah ini pula dilihat sebagai ada kaitan dengan tujuan pemastautin.

Jadi kita kenalah berhati-hati dalam kerakusan cari kekayaan dan buat keuntungan besar-besaran. Janganlah sampai kita gadai kedaulatan negara dan jadikan rakyat jelata kita sebagai warganegara kelas dua.

Satu hal lagi, kalau kita bergantung sangat dan bagi layanan istimewa kepada sebuah kuasa besar macam China, lambat laun rakyat jelata kita akan berasa tersisih.

Lebih teruk daripada itu, mereka akan tersingkir daripada arus pembangunan kerana mereka tak mampu nak bersaing dengan orang kaya dari negara China.

Di pihak yang lain pula, negara kita akan terseret ke dalam perlumbaan geopolitik dan persenjataan dalam kalangan kuasa-kuasa besar, khususnya China dan Amerika Syarikat. Wallahuaklam.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib "Jual" negara kepada China inilah perkara menakutkan bakal berlaku kepada Malaysia serta anak cucu kita nanti . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top