Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Harga barang semua naik, pasangan pengantin berkahwin dengan memakai baju sekolah

SETIAP bakal pengantin baharu yang akan melangsungkan hari bahagia pasti pening untuk memikirkan busana dan tema yang akan ditampilkan pada hari penuh bermakna itu.


Namun berbeza pula dengan pasangan pengantin ini, Siti Nor Zaimah Mat Daud dan Mohammad Hasifi Azman dari Kampung Jeram, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah.

Pasangan mempelai ini memilih untuk mengangkat tema ‘Back To School’ dengan menggayakan kembali pakaian seragam sekolah sewaktu majlis persandingan mereka yang berlangsung pada hari ini.

Menerusi perkongsian sumber yang dirahsiakan identitinya, difahamkan pasangan Sifi dan Eyma ini mula bercinta semenjak di zaman bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 2006 lalu.

Sempoi... Pengantin Sanding Pakai Baju Seragam Sekolah

Sempoi... Pengantin Sanding Pakai Baju Seragam Sekolah


Tambah sumber itu lagi, pasangan ini memilih untuk menyarung pakaian seragam sekolah kerana ingin mengimbau kembali cinta pandang pertama yang berputik di bangku sekolah ternyata membawa hingga ke jinjang pelamin.

Idea yang ditampilkan merupakan sesuatu yang jarang dibuat dan mungkin tidak ramai orang yang berani mahu melakukannya.

Apapun kami respect pada pasangan pengantin ini yang buat majlis nikah secara sederhana dan ringkas.

Kami doakan semoga perkahwinan Sifi dan Eyma berkekalan till jannah. Amin… – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Harga barang semua naik, pasangan pengantin berkahwin dengan memakai baju sekolah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top