Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang lelaki meninggal dunia apabila pacuan empat roda dipandu terbabas lalu terperosok di bawah tangki minyak sawit



Tawau : Seorang lelaki meninggal dunia apabila pacuan empat roda dipandu terbabas lalu terperosok
di bawah tangki minyak sawit yang diletakkan di Kilometer 8, Jalan Merotai - Dumpas, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.36 pagi itu, Eric Ignisius, 26, dari Kampung Luasong, di sini, yang parah di kepala dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Dumpas ke bandar ini.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah tangki minyak sawit yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat rempuhan, kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux itu disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fadil berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tawau.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Keadaan cuaca baik ketika kejadian. Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang lelaki meninggal dunia apabila pacuan empat roda dipandu terbabas lalu terperosok di bawah tangki minyak sawit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top