Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

RM2 juta dalam akaun peribadi anak pemimpin kanan politik Melaka

MINGGU lalu kita dikejutkan dengan berita anak kepada salah seorang Exco Negeri Johor dan rakan-rakan sejenayahnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat skandal penyelewengan tanah di negeri itu.


Turut dibekukan ialah 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta serta 21 kenderaan mewah, 5 motorsikal kuasa tinggi dan sejumlah matawang asing dan tempatan bernilai RM500,000.

Aku dapat maklumat ada salah seorang anak kepada pemimpin politik kanan Melaka pula sedang disiasat pihak berkuasa berikutan terdapat sejumlah RM2 juta dalam akaun peribadi miliknya.

Dari segi logik akal manusia yang waras seperti aku dan para pembaca yang dihormati sekalian, tentu kita tertanya-tanya apakah kerja anak pemimpin itu, sampaikan boleh ada duit sebanyak RM2 juta dalam akaun peribadi?

Ahli Parlimen Bukit Katil Melaka, YB Shamsul Iskandar juga turut ada menimbulkan tentang perkara ini melalui 'tweet' terbarunya. Rujuk screenshot berikut.

Aku sudah diberitahu tentang identiti pemimpin politik tersebut, tapi tak mahu menyebutnya sekarang, kita tunggu pengesahan daripada pihak berkuasa.

Tidak hairanlah negara yang kecil seperti Malaysia ini jadi terkenal seluruh dunia kerana berada di tangga kelima dunia sebagai negara paling banyak kehilangan wang yang mengalir keluar secara haram.http://otaiber5ih.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA RM2 juta dalam akaun peribadi anak pemimpin kanan politik Melaka. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top