Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu! Hantu Tu Marah Abang, Pergi Sana! Jangan Kacau




 

 Sebenarnya, my boy kelebihan dia, petah bercakap dari kecil. Then satu hari tengah hujan gerimis pada waktu maghrib, tiba-tiba dia menangis kuat dan jerit-jerit-jerit kata ibu takut! Ibu takut! bila ditanya kenapa, dia kata takut, orang tgk dia. Husband still belum balik bekerja, i jadi panik… Mana ada orang lain selain kami bdua.

 


Then serentak masa tu, tiba-tiba disekeliling tempat kami duduk depan tv, i baru terperasan, banyak sangat ulat-ulat kecil warna hitam. Penuh keliling. I hairan dan cari mana punca datang ulat tu. Tak pernah nampak rupa ulat macam tu. my boy still menangis, call husband pun ambil masa on da way. I sapu lah, then bila i letak penyapu, tengok tempat tu still penuh lagi dengan ulat tu. i check semua dalam rumah yang rasa punca ulat… Tv,bakul smph dan lain-lain. I dah rasa meremang dah… Baca apa-apa yang patut, i masuk bilik dan tutup pintu. Then my boy berhenti menangis, i kluar bilik dan tengok depan tv ulat dah tak ada.



Tak lama lepas tu, kami sekeluarga tengok slot cerita seram tv3, tiba-tiba anak i tnjuk hntu dlm tv tu… dia ckp, abg nmpk mcm ni la… dia garang! kami memang tak pernah takut-takukan dia even dgn perkataan hantu, momok dan sebagainya. Rupa-rupanya, itulah titik awal anak i nampak bnda-benda yang kami tak nampak… Dan dia smakin kuat semangat.


then dia kerap describe apa yang dia nampak. Pernah masa i solat waktu Maghrib, tiba-tiba dia peluk i kuat dan pejam mata. Bila selesai solat i tanya dia. Then dia jawab…hantu tu tgk abang, dia garang…siap dia describe rupa benda tu. Kadang-kadang tiba-tiba bangun tengah malam, merengek-merengek takut…takut…tetapi semkin besar, kadang-kadang dia semakin brani, macam dah lali dengan apa yang dia nampak, kami tak nampak.


Mula-mula i dengan my husbnd ignore je apa yang boy kami kata. Tapi lama-lam bila tengok dia macam tu kami semakin percaya dengan apa yang dia katakan. Kalau beraya memang bermasalah. Tak semua rumah dia nak naik dan kebanyakan rumah tu rumah orang-orang tua yang i pernah dengar cerita keturunan mereka ada bela benda macam ni, Wallahualam. My makcik-makcik dan pakcik-pakcik kadang bila kami beraya ramai-ramai dia mengusik my boy ni, tnya dia…rumah ni ada hantu tak? dia kata…rumah ni tak adelah! rumah tu ada tau. tgk tu…nampk tak? Warna hitam, banyak bulu dia tau. Acik takut tak?


Pernah i dan my parents pergi melawat saudara yang memang dah sangat tua, sakit pun dah lama. Tengah duduk berborak tiba-tiba my boy cakap dengan sepupunya… abang, jangan duduk dekat tangga tu. dekat situ ada hantu tau, hantu tu ddk dgn abang, dia tengok abang. Tgk tu! Eh,eh…hantu tu dah tak ada, dia pergi bilik tu. ( kebetulan bilik yang my son tunjuk tu memang bilik larangn untuk dimasuki).
Masa anak i cakap macam tu, semua orang tergamam. Budak…kuat suaranya. Si pesakit nampak sangat berubah muka…hish..kadang-kadang rasa serba salah juga tapi nak buat mcmana…


Banyak la lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku contohnya macam kita naik kereta waktu malam tiba-tiba dia akan cakap, ayah! ayah! tengok tu, hantu tu ikut kita, rambut dia pnjng tau ayah…banyak lagila…tak larat nak tulis.
Tapi kritikal insiden ialah pada ketika usia dia 2 tahun lebih. Satu hari, my SIL rest atas kerusi…tiba-tiba my boy kata, tengok tu…hantu tu duduk bawah kerusi tu. Mak Ngah jangan duduk situ. Then my SIL kata dekat my boy…ye ke? Mana ada hantu..tipu eh…my boy jawab balik. Napa Mak Ngah tak pcaya? Tengok tu Mak Ngah…tengok tu, sini kita tunjuk.


My SIL ni tanya…awak nampak apa? my boy jawab, tengok tu, hantu tu…lidah dia panjang sangat macam ni… (siap dia jelir lidah. kbetulan masa tu i memang di situ), rambut dia panjang…mata dia big tau…dia ada macam cow tu kat sini ( maksud my boy tanduk and dia tunjuk di dahi)…dia garang tau. tengah sibuk-sibuk dia describe tu tiba-tiba dia lari pada i (masa tu i and my SIL dah meremang bulu roma jangan cakap la) dan dia peluk kuat-kuat..ibu,abang takut la (setelah agak lama i tak pernah dengar dia ckp takut) hantu tu marah abang…ibu marah la hantu tu.


Tiba- tiba my son cakap…pergi sana! pergi sana! jangan kacau….
My SIL tanya my son, hantu tuh dah pergi ke, my son ckp tak…dia kat situ. (sambil tnjuk satu sudut. masa kejadian ni, i berada di kampung). I bawa dia pergi ke tempat lain…dan bagi dia susu sampai tertidur.
Keesokan harinya, dia dmam panas sangat.. I bawa ke klinik.


Demam berlarutan sampai hari ke-3… I dan my husband dah risau, so bwa ke klinik lagi. Bila check demam biasa tapi my son kali ni nampak lemah sangat…so kami buat keputusn bawa dia ke Hospital Pantai. dia ditahan dan masuk air..ubat..
Walaupun dah masuk hari ke-6 dia tak berubah, semakin lemah doktor pun naik hairan, check memang tak ada apa-apa. My parents datang dari kampung dan kami bersepakat hantar my son jumpa ustaz.


Rupa-rupanya, ustaz tu kata my son memang ada kelebihan 6th sense, memang apa yang dia nampak selama ni satu anugerah Allah. Ustaz kata my son ni kuat smgt tp syaitan wujud dalam mcm-macam rupa. Tak terbayang dengan mata kepala kita… Maybe yang terakhir dia nampak tu, rupanya sgt menakutkan, tak terbayang kita… Jadi ustaz tu cadangkan kami utk tutup matanya dari nampak bnda-benda macam tu. Dia akan cuba bantu if kami stuju. 


Then kami pun stuju.
Memang semasa i mengandungkan my son, i kerap sangat mimpi ada org datang nak ambil dia…tapi masa tu my mum kata, kena banyak dekatkan diri dgnNya. Fatihah dan ayat Kursi kena amalkan sebab dulu masa my mum mengandungkan abang sulung i, cik ponti datang…sampai bergegar rumah sebab cik ponti tu terbang keliling rumah, mengilai-ngilai. Maklumlah, masa tu dia kerja dan ditempatkan di pulau terpencil. Kebetulan dalam kampung tu ada seorang bidan tua yang dikatakan bela benda macam tu dan dia sakit. Wallahualam..
Pada keesokan harinya alhamdulillah, my boy dah sihat…dan lepas tu tak pernah dengar dia cakap tentang hantu. Walaupun, kami tanya dia tentang hantu mesti dia jawab..mana ada…sehingga ke hari ini…sekarang dah usia 3 tahun lebih pun.
-pru14.tv-



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: seram

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu! Hantu Tu Marah Abang, Pergi Sana! Jangan Kacau. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top