Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

jijik-dipercayai menghidangkan semula sisa sup kepada pelanggan lain, malah membiarkan pekerja menggunakan berus mencuci lantai dan tandas untuk mencuci periuk belangan.




Guangzhou, China: Satu restoran di sini, sedang disiasat pihak berkuasa kerana bukan saja dipercayai menghidangkan semula sisa sup kepada pelanggan lain, malah membiarkan pekerja menggunakan berus mencuci lantai dan tandas untuk mencuci periuk belangan.

Menurut laporan Radio dan Televisyen Guangdong, restoran itu memeram sup sisa pelanggan sebelum mengambil minyak cili dalam sup berkenaan untuk dihidangkan kepada pelanggan lain.

Stesen televisyen itu mendakwa ia menghantar wartawan menyamar sebagai pelanggan dan merakam aktiviti di dapur restoran berkenaan, minggu lalu.

Selepas beberapa jam, minyak akan naik ke permukaan sup dan diambil untuk dicampur ke dalam sup dipesan ratusan pelanggan.

Rakaman menunjukkan pekerja membawa lebihan sup pelanggan ke dapur dan tukang masak memasukkannya ke dalam periuk besar.

Wartawan mendapati minyak daripada lebihan sup itu dicampur dengan sup baru manakala sup yang dikumpul dipanas dan dihidang terus kepada pelanggan.

Tukang masak di restoran itu menyatakan sup yang sudah lama dimasak lebih sedap berbanding sup baru dan pelanggan tidak akan dapat membezakannya.

Wartawan itu menganggarkan sekurang-kurangnya 560 pelanggan mengunjungi restoran itu dalam seminggu.

Berikutan laporan itu, restoran berkenaan diarah tutup untuk siasatan oleh pihak berkuasa tempatan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA jijik-dipercayai menghidangkan semula sisa sup kepada pelanggan lain, malah membiarkan pekerja menggunakan berus mencuci lantai dan tandas untuk mencuci periuk belangan.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top