Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Janda "Bergetah" kemaruk suami orang hinggakan..

Assalammualaikum Admin. Terima kasih jika sudi post kisah saya ni. Tp harap dapat hide kan profile saya sbb ini kisah sahabat. Dan ada sahabat2 saya ada dalam group ni.



Kami berkawan baik 4 orang sejak universiti. Saya namakan kawan yg 3 lagi tu sebagai Ayu, Bella, Chinta dan saya Dania. Kami agak rapat masa di universiti dan selepas tamat belajar terus lost contact sampai laaa terwujudnya FB ni kami bertemu kembali. Keempat2 kami semua dah berkahwin cuma Ayu sahaja yg janda anak 3.

Perwatakan kami berbeza. Ayu walaupun janda, dia lebih terbuka, cakap lepas dan paling cepat response kalau ada cerita2 gosip ni. Bella pendiam dan lebih tertutup mengenai kehidupan rumahtangga dia. Tak pernah berkongsi apa2 tentang keluarganya. Chinta neutral, pendengar setia dan selalu tolong kawan2. Saya pula seperti biasa, menggunakan media sosial dgn sangat active. Tapi bila ada masalah saya akan luahkan di wassap group personal kami berempat. 


Selalu saya ditegur kawan-kawan supaya slowkan perkongsian kisah kasih sayang saya dan suami di media sosial. Suami saya memang sangat penyayang, apa saya hendak semua diturutkan dan saya pula teruja, selalu up status berbaur romantik yang teramat di fb dan instagram. Pada saya, biarlah apa orang nak kata. Saya berkongsi cerita kasih sayang saya dengan kekasih halal. Tak ada salahnya. Saya memang berniat nak bagi tahu semua - "Itu suami saya, jangan ada sesiapa berani ganggu". Kadangkala ada juga rakan lain dan sedara mara yang kecam juga perbuatan menunjuk-nunjuk kasih sayang saya dan suami. Tapi saya buat tak tahu je.

Antara kami berempat, Ayu paling tak suka bila saya up status dan gambar romatik antara saya dan suami. Bella pula suka sindir-sindir saya supaya jangan terlalu menunjuk-nunjuk. Untuk makluman, Ayu ni pembaca tegar di fb KRT. Mungkin sebab dia janda, dan dia dah mengalami situasi ditinggalkan suami jadi Ayu lebih suka baca kisah2 menyayat hati yang menimpa wanita dan kadangkala dia akan komen ikut pada pengalaman dia sendiri.

Ayu juga selalu tag saya di ruang komen kisah2 rumah tangga di KRT dengan tagline sentap "Baca dan Hadam". Kadangkala perbincangan berlarutan hingga ke wassap group, selalunya sayalah yang jadi bahan mereka. Bella pula selalu menyokong tindakan Ayu mengecam saya sehingga saya tak modal lagi nak defence diri saya. Akhirnya saya mengalah... Ok...TAK PERLU TUNJUK KASIH SAYANG TERLAMPAU. BAHAGIA SIMPAN SAHAJA UNTUK DIRI SENDIRI.

Suatu hari sedang saya makan tengahari dengan suami (perkara biasa yang kami lakukan jika kami ada kerja luar di kawasan berhampiran). Saya terjumpa Ayu dengan seorang lelaki. Untuk pengetahuan, memandangkan Ayu ni janda yang cantik, dia selalu saja keluar dengan lelaki dan kadangkala suami orang. Alasan dia, hanya kawan2 biasa saja sebab Ayu bekerja sebagai agen insurance. Tetapi lelaki yang saya nampak hari itu seperti saya kenal. Saya cuba rakam gambar Ayu dan lelaki tersebut dan forward kepada Chinta. Hanya Chinta selalu jadi teman gosip persendirian saya. Saya tanyakan pada Chinta sama ada dia kenal kah dengan lelaki tersebut. Tapi malangnya Chinta tak kenal.

Suatu hari kami jumpa bertiga, saya, Ayu dan Chinta. Saya tanya Ayu siapa lelaki yang saya jumpa dengan dia haritu sebab wajah dia sangat familiar, tapi saya tak ingat siapa. Ayu cuma kata kawan biasa.

Selepas dari hari itu, saya selalu terserempak dengan Ayu dan lelaki itu jalan2 sambil berpegangan tangan dan saya syak mereka sedang bercinta. Saya dan Chinta cuba caritahu siapa lelaki tu. Sebab Ayu ni perangai dia semacam sikit. Kami pernah tangkap dia bercinta dengan suami orang dan sedaya upaya kami pisahkan mereka sehingga berjaya. Selalu kami nasihatkan Ayu supaya jangan terjebak dengan suami orang. Kalau lelaki tu kaya dan mampu berlaku adil tak mengapa, tapi kalau lelaki yang cukup2 makan sahaja, bagaimana nak bermadu?

Untuk kali yang keberapa saya bertemu dengan Ayu dan lelaki itu. Ayu pun dan perkenalkan saya dengan lelaki tersebut dengan nama Hairul. Hati saya masih terdetik, seperti pernah jumpa dan kenal dengan lelaki ini. Lama saya memerhati mereka dari jauh dan akhirnya saya teringatkan suami Bella. Tapi yang saya tahu nama suami Bella adalah Hisyam.

Saya hubungi Chinta dan ajak berjumpa. Bila saya tanyakan pada Chinta, mungkinkah lelaki yang bersama Ayu itu suami Bella, barulah Chinta teringat sesuatu. Ya...lelaki itu mirip muka suami Bella. Jenuh kami geledah FB dan Instagram Bella, memang tak ada sekeping pun gambar dia dan suaminya. Akhirnya dari FB Bella kami jejak adik beradik Bella atau suaminya dalam setiap ruangan komen, akhirnya kami jumpa. Ya Allah.... lelaki yang bersama Ayu itu suami Bella. Persoalannya, Ayu tahu atau tidak?

.Saya ambil keputusan untuk bertanyakan nama suami Bella. Bella berdolak-dalik hendak memberikan nama suaminya dan akhirnya Bella bagitahu juga yang nama suami dia adalah Hairul Hisyam. Ya Allah.....apakah semua ini? Sah! Yang bersama Ayu itu suami Bella. Tapi saya dan Chinta tak tergamak lagi nak bagitahu hal ini kepada Bella, jadi kami ambil keputusan untuk bertanya terus ke Ayu.

Masa saya dan Chinta bertanyakan status Hairul itu, Ayu cuma kata dia tahu Hairul ada isteri, tetapi mereka sedang alami masalah rumah tangga. Tapi bila kami memberitahu yang Hairul itu suami Bella, Ayu tak percaya. Ayu kata isteri Hairul berada di kampung dan Hairul sudah lama tak bersama dengan isterinya. Saya dan Chinta tergamam. Kami mendesak Ayu untuk memutuskan hubungan dia dengan Hairul, tapi Ayu tak mahu kerana dia dah jatuh sayang sangat-sangat dengan Hairul dan Hairul dah berjanji untuk berkahwin dengannya.

Sekarang ini Ayu dah tahu Hairul adalah suami kepada kawan baiknya. Dan Hairul juga sudah maklum yang Ayu sudah mengetahui hal ini. Masalahnya Hairul meyakinkan Ayu yang dia mungkin tidak akan menceraikan Bella. Jika Ayu sanggup bermadu, Hairul akan menikahi Ayu.... tapi yang memghampakan kami adalah bila Ayu sanggup bermadu dengan kawan baik sendiri.

Persoalan saya dan Chinta adalah - bagaimana dengan Bella. Suatu hari saya keluar bertiga bersama Chinta dan Bella. Kami bercerita kisah keluarga dan saya bertanyakan hal Bella dan suaminya. Bella hanya katakan dia dan suaminya baik2 saja. Suami Bella busy dengan kerja dan Bella pula selalu ke luar negara kerana dia menguruskan syarikat perlancongan. Sekali sekala saya mengusik Bella agar tayang2 laa sikit suaminya di media sosial. Nanti kalau kita jumpa tau laa kami itu suami Bella.

Tapi Bella mengutuk saya
"Aku bukan macam kau Dania. Suka sangat nak tayang suami. Orang perhati je keromantikkan korang. Kena kebas baru tahu"

Saya berpandangan dengan Chinta. Dan dalam masa yang sama saya wassap Chinta secara personal
"Hurmm... kau simpanlah suami kau tu Bella. Kau sorok2 sampai kawan sendiri tak tahu itu suami kau. Dan sekarang suami kau yang kena kebas".

Berita baru yang kami terima, Bella ada trip ke luar negara bulan depan selama 2 minggu. Dan waktu itu Ayu juga ada merancang untuk bercuti ke Hatnyai l. Saya dan Chinta mensyaki Ayu dan suami Bella akan berkahwin di sana. Atau mungkin mereka hanya jalan2 saja - Wallahualam.

*Tak tahu bagaimana nak bagi tahu Bella. Sebab Ayu pun kawan baik kami juga.- KRT



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Janda "Bergetah" kemaruk suami orang hinggakan.. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top