KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam, mengakui kebingungan apabila isteri yang juga pengurusnya dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman dalam perut.
Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 37, berkata fokusnya juga terganggu kerana memikirkan Ezan yang terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara selama lima hari. "Inilah kali pertama isteri saya dimasukkan ke wad. Sukar untuk saya mengungkapkan kerisauan di hati melihat keadaannya. Selepas lima hari dipantau di hospital, dia kini menyambung rehat di rumah.
"Biarpun kerjaya seni tidak terjejas kerana segala-galanya sudah diuruskan sejak awal, fokus saya agak terganggu. Namun saya kuatkan semangat demi mencari rezeki buat kami berdua. "Puncanya adalah bebola daging yang dimakan isteri di sebuah restoran hingga dia mengalami muntah, sakit perut dan demam menggigil. Sedih sebenarnya melihat isteri lemah begitu,"
katanya kepada BH Online. Pelantun lagu Berat itu berharap kesihatan Zena atau nama sebenarnya, Norazah Redzuan, 36, kembali pulih seperti sedia kala selepas dibenarkan pulang ke rumah, kelmarin. Sementara itu, Mark kini giat menjayakan promosi single berjudul Bukan Cinta karya DJ Fuzz dan Shah Amirul.
Memaklumkan selesa bekerja dengan komposer sama seperti menerusi buah tangan terdahulu, beliau nyata tidak kisah menerima idea baharu yang dirasakan bersesuaian dengan dirinya. "Saya selesa bekerja dengan DJ Fuzz kerana dia memahami apa sesuai untuk saya. Saya seorang yang terbuka dan andai ada idea menarik, saya tidak kisah untuk mencuba,"
katanya yang turut dikenali sebagai guru vokal. Selain itu, beliau mendedahkan pusat nyanyian, Suara Akademi yang baharu saja dilancarkan tiga bulan lalu semakin mendapat sambutan penggiat muzik.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/261112
Labels:
hiburan
TERIMA KASIH SUDI BACA Mark Adam, mengakui kebingungan apabila isteri dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman dalam perut. . TOLONG SHARE...!