Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Salah seorang pekerja ladang dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Datuk Sosilawati mahu jumpa keluarga



 PUTRAJAYA - Salah seorang pekerja ladang, R Matan, 26, yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, tujuh tahun lalu, gembira menerima keputusan tersebut, semalam.

Peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan berkata, Matan sangat gembira dengan keputusan itu dan tidak sabar kembali ke pangkuan keluarganya.

“Kes berlarutan selama tujuh tahun sejak dituduh pada Julai 2010. Matan berhasrat memulakan kehidupan baharu,” katanya kepada pemberita, di sini.

Amer Hamzah menjelaskan, Mahkamah Persekutuan mendapati pihak pendakwaan kekurangan bukti untuk mengaitkan Matan dalam kes pembunuhan itu.

“Tidak terdapat juga keterangan yang boleh mengaitkan Matan dengan lokasi-lokasi kejadian pembunuhan Sosilawati.

“Malah, mahkamah berpendapat tidak selamat untuk mensabitkan Matan dan dia juga tidak perlu dipanggil membela diri ketika di akhir kes pendakwaan semasa di mahkamah tinggi,” katanya lagi.

















https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Salah seorang pekerja ladang dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Datuk Sosilawati mahu jumpa keluarga. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top